11/23/2009

Salam Edul Adha


Program Integrasi Pendidikan Khas SMK Meranti ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar dan warga pendidik. Di samping itu juga kami mengucapkan Selamat Hari Raya Edul Adha kepada semua umat Islam semoga pengorbanan kita diredhai Allah. Amin.

Ikhlas....

2nd Round


Banjir di Pantai Timur datang lagi, Negeri Kelantan dan Terengganu mencatatkan mangsa banjir berpindah paling ramai. Antara kawasan yang teruk dilanda banjir di Kelantan adalah Pasir Mas/Rantau Panjang. Sehingga hari ini air Sungai Golok masih lagi dalam keadaan paras bahaya.

11/19/2009

PCG PIPK

Kadar Bantuan Perkapita Bagi Program Pendidikan Khas
Integrasi Menengah (Masalah Pembelajaran)
Kelas Pendidikan Bermasalah Pembelajaran

Bil Jenis Bantuan Kadar Bantuan

A. PCG Mata Pelajaran
1. Teras RM 65.00
2. Wajib RM 80.00
3. Elektif RM 80.00


B. PCB Bukan Mata Pelajaran
1. Pusat Sumber Sekolah RM 60.00
2. Bimbingan & Kaunseling RM 15.00
3. LPBT/LPK Sekolah RM 280.00

JUMLAH RM 580.00


PCG atau Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant) merupakan satu bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah yang bertaraf Sekolah Keraajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan yang merujuk kepada SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL 5 TAHUN 2002 PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA UNTUK SEKOLAH.

Untuk pengetahuan umum PCG ini perlu digunakan untuk kepentingan pelajar dan perbelanjaan tertentu. Namun di sebalik pengurusan PCG kelas pendidikan ini terdapat pelbagai isu yang melibatkan pengurusan pentadbiran di sekolah. Ada program di sekolah yang sukar untuk menggunakan PCG untuk kepentingan pelajar. Ada juga kesukaran untuk membuat tuntutan, selain itu juga bayaran tuntutan yang terlampau lambat sehingga mengganggu perlaksanaan program.

Penyelaras atau Penolong Kanan PIPK harus peka dan bertegas mengenai penggunaan wang PCG kerana ianya merupakan wang yang diperuntukkan kepada PELAJAR ISTIMEWA. Sekiranya pihak pentadbir kurang memberikan penekanan terhadap pengurusan kewangan PCG, maka Penyelaras dan Penolong Kanan PIPK bertanggungjawab memastikan PCG ini digunakan dan disalurkan dengan cara yang betul.

p/s : Jangan sekali-kali menafikan hak pelajar istimewa.

Ikhlas.

11/17/2009

Jamuan Akhir Tahun 2009


Jamuan akhir tahun dan Jamuan Perpisahan telah diadakan di KFC Pasir Mas pada 17 November 2009 bagi meraikan pelajar yang telah tamat belajar di Program Khas Kelas Intergrasi SMK Meranti. Pelajar tersebut adalah Siti Nurhidayah bt Abd Hamid dan Noraina bt Ziddi. Mereka berdua telah berumur 19 tahun dan mencurahkan keringat serta menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran selama berada di Meranti. Selain itu mereka berdua sering kali mengikuti program dan tidak pernah ketinggalan mengikuti aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti aktiviti berkebun (menanam dan menjual sayur), Lawatan ke Balai Bomba, Kilang Perabot Rotan, Terapi Boling dan Renang, Lawatan ke TESCO, Perkhemahan Pengakap serta aktiviti-aktiviti lain di sekolah.


Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Pengetua selaku Penasihat PIPK iaitu Tuan Haji Zakaria bin Awang, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Di samping itu juga Kerani dan Pembantu Tadbir juga turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.


Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Penyelaras PIPK Encik Abdul Ilah Wahab selaku pengerusi majlis diikuti dengan ucapan pengetua seterusnya penyampaian Sijil Tamat Persekolahan kepada 2 pelajar yang diraikan. Setelah itu pengetua menyampaikan cenderahati serta sijil Ko-ko kepada semua pelajar. Kek ulang tahun 1 tahun pembukaan program ini telah dipotong dengan rasminya oleh tuan pengetua menandakan kebersamaan pihak pengurusan pentadbiran sentiasa mengambil berat tentang keperluan program ini. Para tetamu dihidangkan dengan makanan segera "KFC" dan disertakan dengan cenderahati kepada semua.


Selamat Tinggal Alam Persekolahan:

1. Siti Nurhidayah bt Abd Hamid
2. Noraina bt Ziddi

Salam ikhlas...




Kursus Peningkatan Profesionalisme

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

LDP atau Latihan/Kursus Dalam Perkhidmatan telah diperkenalkan di sekolah-sekolah dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan para guru tentang keprofesionalisme mereka dalam bidang tertentu. Kursus ini juga bertujuan untuk "mengupgradedkan" pengetahuan guru sejajar dengan keperluan kepada perkhidmatan, maklumat terkini dalam pengurusan pengajaran dan pemelajaran, pendekatan serta kaedah yang terbaru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih terkesan.


Kursus sebegini biasanya dianjurkan oleh pelbagai pihak yang berkaitan dengan institusi pendidikan antaranya pihak sekolah yang sering mengadakan Kursus Perkembangan Staf, JPN/UPK yang menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme dan Kursus Asas Pendidikan Khas, JPM/KPM seperti bengkel Pemetaan Kurikulum, Kursus Penilaian Pentaksiran Alternatif Dalam Pendidikan Khas dan sebagainya. Dengan kata lain semua yang terlibat menganjurkan kursus tersebut adalah "profesional".


Persoalan yang sering timbul apabila UPK menganjurkan kursus sedemikian adakalanya tersasar dari kehendak keperluan perkhidmatan. Ketika kursus yang diperlukan oleh guru-guru baru dilantik ke dunia PENDIDIKAN KHAS, seharusnya UPK/JPN lebih mengutamakan golongan berkenaan daripada 'MEMILIH BULU' dengan menyumbatkan golongan yang dah berkarat dengan gaya pengurusan yang lapuk. Bukan sekadar dan mempertikaikan dasar yang dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu, tetapi ada baiknya pihak berkenaan turun padang dan melihat permasalahan tersebut di bawah, bukan daripada pandangan "HELIKOPTER". Setakat data yang dikutip dengan menyenaraikan nama guru-guru baru serta kursus yang diperlukan oleh mereka, tetapi data tersebut menjadi bahan sejarah, tersimpan elok di dalam fail.


Adakah salah menjadi satu program baru di Kelantan? PIPK/PKBP (Program Integrasi Pendidikan Khas/ Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran) adalah istilah yang selalu digunakan di dalam dunia Pendidikan Khas. Keperluan khas bukan setakat pelajar-pelajar dengan keperluan khas, tetapi kursus khas juga perlu didedahkan dengan segera kepada guru-guru yang baru terbabit dengan dunia khas. Bukan apa, sekiranya guru khas lahir dari IKTISAS KHAS atau SARJANA MUDA PENDIDIKAN KHAS, mereka ini sudah didedahkan dengan ilmu yang secukupnya, tetapi guru-guru yang belum mempunyai "background" pendidikan khas inilah yang kita minta supaya diutamakan. Pertimbangan dari kacamata seorang yang menguruskan jawatan mereka dengan profesional akan mengenepikan segala bentuk "PILIH KASIH" atau "KRONI" dalam membuat pilihan dengan tepat.


Guru-guru di sekolah hanya tahu menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diberikan, kalau melontarkan pandangan bagaikan "anjing menyalak bukit", tanpa memberikan apa-apa kesan. Pandangan serta luahan ini terbit dari hati yang ingin melihat Pendidikan Khas di Kelantan mengorak langkah seiring dengan PKPI yang terdapat di negeri lain. Jauh perjalanan luas pemandangan dan banyak pengetahuan.


Ikhlas...

11/15/2009

Kalender Sesi 2010

Kalendar Persekolahan Tahun 2010

Kumpulan A

Penggal

Cuti dan Hari Persekolahan

Mula

Akhir

Hari

I

Hari Persekolahan

03.01.2010

31.01.2010

21

Hari Persekolahan

01.02.2010

28.02.2010

20

Hari Persekolahan

01.03.2010

11.03.2010

9

Cuti Pertengahan Penggal

12.03.2010

20.03.2010

9

Hari Persekolahan

21.03.2010

31.03.2010

9

Hari Persekolahan

01.04.2010

29.04.2010

21

Hari Persekolahan

02.05.2010

31.05.2010

22

Hari Persekolahan

01.06.2010

03.06.2010

3

Cuti Pertengahan Tahun

04.06.2010

19.06.2010

16

II

Hari Persekolahan

20.06.2010

30.06.2010

9

Hari Persekolahan

01.07.2010

29.07.2010

21

Hari Persekolahan

01.08.2010

31.08.2010

23

Hari Persekolahan

01.09.2010

02.09.2010

2

Cuti Pertengahan Tahun

03.09.2010

11.09.2010

9

Hari Persekolahan

12.09.2010

30.09.2010

15

Hari Persekolahan

03.10.2010

31.10.2010

21

Hari Persekolahan

01.11.2010

18.11.2010

14

Cuti Akhir Tahun

19.11.2010

01.01.2011

44

Jumlah

288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

210

Jumlah Hari Cuti Penggal

78

Kumpulan B

Penggal

Cuti dan Hari Persekolahan

Mula

Akhir

Hari

I

Hari Persekolahan

04.01.2010

29.01.2010

20

Hari Persekolahan

01.02.2010

26.02.2010

20

Hari Persekolahan

01.03.2010

12.03.2010

10

Cuti Pertengahan Penggal

13.03.2010

21.03.2010

9

Hari Persekolahan

22.03.2010

31.03.2010

8

Hari Persekolahan

01.04.2010

30.04.2010

22

Hari Persekolahan

03.05.2010

31.05.2010

21

Hari Persekolahan

01.06.2010

04.06.2010

4

II

Cuti Pertengahan Tahun

05.06.2010

20.06.2010

16

Hari Persekolahan

21.06.2010

30.06.2010

8

Hari Persekolahan

01.07.2010

30.07.2010

22

Hari Persekolahan

02.08.2010

31.08.2010

22

Hari Persekolahan

01.09.2010

03.09.2010

3

Cuti Pertengahan Penggal

04.09.2010

12.09.2010

9

Hari Persekolahan

13.09.2010

30.09.2010

14

Hari Persekolahan

01.10.2010

29.10.2010

21

Hari Persekolahan

01.11.2010

19.11.2010

15

Cuti Akhir Tahun

20.11.2010

02.01.2011

44

Jumlah

288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

210

Jumlah Hari Cuti Penggal

78

Kumpulan A

Kumpulan B

  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

11/10/2009

Kembali ke sekolah

Membersihkan bilik darjah.


Guru pendidikan khas bertungkus lumus membasuh kelas setelah ditenggelami sedalam 1 kaki. Kelihatan peralatan-peralatan yang telah diangkat dan diletakkan di atas meja untuk mengelakkan kerosakan. Pada hari ini ramai pelajar yang tidak hadir kerena rumah mereka masih lagi dinaiki air antaranya ialah di kawasan Gelang Mas, Siput, Jal Besar serta Banggol Che Wan.


Walaupun begitu ada juga pelajar yang hadir ke sekolah dan bersama-sama guru bergotong royong membersihkan kelas mereka. Sikap yang ditunjukkan oleh guru-guru pendidikan khas harus diberikan penghormatan. Selain komitmen yang tinggi serta sikap bertanggungjawab terhadap tugas-tugas di sekolah bukan setakat p & p sahaja.



Musim tengkujuh di pantai timur masih belum berakhir. Pada kebiasaannya pusingan kedua dan ketiga hujan lebat dijangka akan melanda kembali.

Sekian terima kasih.

P/s : Terima kasih kepada guru-guru khas, pelajar khas, pelajar biasa serta kakitangan/pekerja yang bersama-sama memberikan pertolongan dan sumbangan anda. Terima Kasih...

11/09/2009

Pengumuman



SMK Meranti telah diberikan cuti akibat banjir yang melanda di kawasan Meranti. Pengumuman cuti ini telah dibuat oleh Pengarah Pelajaran Kelantan semasa melawat sekolah-sekolah yang ditenggalami air. Pengumuman seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib.

Sekian, Harap Maklum.

11/07/2009

Piala Malaysia



Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia!!

Kelantan telah tewas kepada Negeri Sembilan dengan jaringan 1-3. Penantian Kelantan hampir 40 tahun untuk menjulang Piala Malaysia untuk kali pertama tidak kesampaian. Walaupun bermain di depan hampir 70 ribu penyokong Kelantan, namun masih gagal menyuntik semangat Kelantan untuk bangkit dan bermain dengan cemerlang. Lebih malang lagi segelintir penyokong Kelantan yang bertindak di luar batasan dengan membakar kerusi di stadium Bukit Jalil. Biarpun Kelantan kalah namun sepatutnya kita tidak kalah semangat kesukanan dengan menggadai maruah kita.

"Gomo Kelate Gomo"..."Tahniah Negeri Sembilan"

11/06/2009

Banjir Dah Datang




Salam..

Sungai Meranti yang berada di belakang SMK Meranti telah mula melimpah. Jarak antara sungai Meranti dengan Kelas PKBP hanya lebih kurang 70 meter sahaja. Pagi tadi guru-guru PKBP telah bertungkus lumus mengemas kelas dengan meletakkan barang serta peralatan di bilik darjah di atas meja dan menyimpan di tempat yang selamat.





Lokasi kelas ini yang memang tidak sesuai agak membimbangkan kerana jaraknya yang terlalu dekat dengan sungai. Namun begitu guru-guru khas komitet dengan tugas mereka dengan membuat persiapan awal sebelum dilanda bencana banjir.


Gambar : 7.45pg.. 06/11/09

11/05/2009

Ucapan Terima Kasih

Guru Baru

Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia

Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Meranti ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Unit Pendidikan Khas, Sektor Pengurusan Sekolah Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Kelantan di atas kesedaran dan kebertanggungjawaban pihak jabatan di atas keperluan guru di sekolah kami.

Pada tanggal 01 September 2009, seorang guru Pendidikan Islam telah melaporkan diri di SMK Meranti seterusnya burtugas sebagai guru pendidikan khas. Manakala pada 27 Oktober 2009 yang lalu seorang lagi guru "freshie" juga telah melaporkan diri di sekolah ini.

Dengan kehadiran 2 orang guru tersebut telah menjadikan jumlah guru Pendidikan Khas di sekolah ini seramai 4 orang dan dibantu oleh seorang PPM. Senarai nama guru adalah seperti berikut :

1. Encik Abdul Ilah bin Wahab
2. Puan Eiap Ney Fah
3. Puan Zarina bt Edin
4. Cik Zarina bt Abdullah

PPM :

1. Cik Muriyati bt Abd Manah


Bilangan pelajar yang berdaftar sehingga November 2009 ialah seramai 20 orang. Pada akhir persekolahan nanti seramai 2 orang pelajar yang akan menamatkan persekolahan mereka. Manakala anggaran kemasukan pelajar baru untuk sesi 2010 ialah +- 6 orang iaitu pelajar dari Kelas Pendidikan Khas SK Meranti serta pelajar yang berada di sekitar Meranti.

Dengan anggaran pertambahan pelajar tersebut akan memungkinkan pembesaran saiz kelas akan dilakukan sehingga 4 kelas yang memperuntukkan sekurang-kurang 5 orang guru dan 2 orang PPM. Namun begitu pembesaran dan perluasankelas tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Kelulusan perlu di keluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia di KPM yang menjadi TERHAK di sesebuah program.

Terima Kasih.

P/S : Projek baik pulih bangunan/kelas masih terbengkalai gara-gara peruntukan telah ditangguhkan...


11/02/2009

Minit Curai



Pengurusan Pentadbiran Pendidikan Khas

1. Keperluan Senarai Jawatankuasa Peringkat Sekolah
  • Jawatankuasa Pendidikan Khas Integrasi
  • Jawatankuasa Ko-Kurikulum
  • Jawatankuasa Disiplin
  • Jawatankuasa Kurikulum
2. Perjawatan Guru
  • Bilangan kelas x 1.5 guru
  • Bahagian Sumber Manusia KPM akan menentukan/meluluskan keperluan guru yang terhak di setiap sekolah
  • pada tahun 2010 Unit Pendidikan Khas JPNK akan memungut data guru /inrolmen pada setiap akhir bulan
3. Peranan/Tugas Penyelaras atau Penolong Kanan Pendidikan Khas
  • perlu membentuk / menggerakkan jawatankuasa pendidikan khas dan mengadakan mesyuarat bersama pengetua sebanyak 4 kali setahun
  • perlu menganggotai jawatankuasa kurikulum, jawatankuasa ko-kurikulum, dan jawatankuasa kewangan peringkat sekolah.
  • perlu memberikan taklimat kepada pihak pentadbir, guru-guru aliran perdana serta kepada guru-guru pendidikan khas.
  • perlu memastikan fail pendidikan khas disediakan dan dikemaskini dengan baik
  1. fail am - surat masuk dan surat keluar
  2. fail panitia
  3. fail laporan
  4. fail inventori dan harta modal
  5. fail laporan bertugas mingguan
  6. fail peribadi murid
  7. fail RPI murid
  8. fail ko-kurikulum
  9. fail pelajar inklusif
  10. fail disiplin
  11. fail peperiksaan dan bank soalan
  12. fail kewangan dan pcg pelajar
  • perlu mengendalikan aduan ibu bapa
  • perlu mengadakan bulann dengan guru-guru pendidikan khas /pihak ibu bapa
  • perlu memastikan perancangan dan pelaksanaan ko-kurikulum dilaksanakan dan diberi pemantauan
  • perlu memastikan semua guru serta PPM hadir ke perhimpunan bersama pelajar
5. Hal Ehwal Guru
  • senaraikan nama guru-guru yang belum menghadiri kurus asas pendidikan khas untuk melayakkan guru menerima elaun mengajar pendidikan khas
  • memastikan semua guru menerima elaun pendidikan khas
  • mengurus dan mengendailkan data pelajar serta menghantar data setiap 3 bulan (4 kali setahun)
  • memastikan pengurusan stok serta harta modal dikendalikan dengan baik
6. Pengurusan Kewangan
  • PCG tahunan perlu dibuat tuntutan bermula 01 Oktober hingga 31 November setiap tahun
7. Pengurusan dan Penyediaan Jadual Waktu
  • Penyelaras atau PK bertanggung jawab menyediakan jadual waktu kepada semua guru dan PPM
8. Pengajaran dan Pembelajaran
  • Menyediakan jadual pencerapan serta pemantauan
  • fail pencerapan
  • memastikan guru-guru menjalankan aktiviti p & p dengan berkesan
  • menyemak buku rekod Rancangan Pengajaran Harian guru (RPH)
9. Penampilan Guru
  • etika pemakaian dengan memakai pakaian yang kemas
  • peranan guru penyelaras sebagai Guru Pembimbing Rakan Sebaya
10. Pembayaran Elaun Murid Khas
  • Tatacara pengeluaran wang EMK perlu dikawalselia oleh guru penyelaras

Sekian terima kasih.