5/30/2010

Salam Perpisahan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...



Selam perpisahan untuk guru pelatih UPSI yang telah menjalani Praktikum bermula dari 28 Februari hingga 27 Mei 2010. PPKI SMK Meranti, merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua guru pelataih tersebut kerana mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.



Selamat menempuh alam kerjaya sebagai guru PENDIDIKAN KHAS.....

5/27/2010

Tepung Pelita...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...



Kuih tradisional... tepung pelita.. dengan nama lain Kuih Takung.. Penyediaan kuih tersebut tidak banyak berbeza dengan kuih takung... cuma tepung pelita kini agak moden.. kalau dulu kuih tersebut diisi di dalam acuan yang diperbuat daripada daun pandang, atau daun kelapa, tetapi sekarang di isi dalam bekas plastik.. Pun begitu, bahan-bahannya masih sama.



MPVK PPKI SMK Meranti mula membuat kuih tersebut dan dipasarkan kepada guru-guru termasuklah kepada pelajar biasa. Sambutan yang menggalakkan, pelajar biasa dapat menerima hasil produk pelajar khas tanpa ragu..



Tahniah...

Happy Birthday

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Selamat hari lahir PPKI SMK Meranti ucapkan kepada 8 orang pelajar yang lahir dari Januari hingga Jun..


Jamuan ini diadakan pada 26 Mei 2010, di Pizza Hut, KB Mall. Kota Bahru... semua pelajar yang hadir, menjamu selera dengan hidangan Pizza yang enak. Sebilangan besar pelajar SMKM belum pernah merasa hidangan tersebut.




5/19/2010

Terapi Boling

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...



Bertemu kembali di lelaman maya ini...




Terapi boling siri 2/2010 telah dijalankan pada 13 Mei 2010. Pasific Bowl Kota Bharu yang terletak di KBMALL telah menjadi saksi kehadiran kami untuk kedua kalinya untuk tahun ini. Seperti biasa, sebeleum terapi boling, kami sempat menjengah Tesco Kota Bharu, untuk membeli makanan dan minuman serta keperluan MPVK.



Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat..

Selamat Hari Guru



PPKI SMK Meranti mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik terutamanya kepada Guru-guru Pendidikan Khas di seluruh Malaysia.


Pelajar pendidikan khas mempersembahkan tarian



Jasamu sentiasa dikenang...

Terapi Pasir

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Selamat Hari Guru untuk semua pendidik di Malaysia..


Santai di pantai

Terapi pasir dan AirTempat : Sudara Beach Resort, Melawi, Bachok, Kelantan
Tarikh : 28 dan 29 April 2010
Terapi pasir


Alhamdulillah, program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekalung penghargaan diberikan kepada semua guru dan staff PPKI SMKM yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti tersebut. Terima kasih..Water Confident