1/30/2010

Merentas Desa SMKM



Warming Up.. Siap sedia....

Pada 28 Januari 2010 telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa SMK Meranti kali ke 3. Pelajar akan mewakili rumah masih-masing untuk menentukan pasukan rumah yang paling banyak mengumpulkan markah bagi menentukan kejuaraan. Bagi kategori perempuan jarak laluan merentas desa adalah sejauh 5 km, manakala pelajar lelaki sejauh 7 km. Tidak ketinggalan juga pelajar pendidikan khas menyertai sama dengan laluan sejauh 1.5 km sahaja. Penglibatan mereka hanya sekadar memberikan mereka peluang untuk merasai suasana kejohanan tersebut dan menimba pengalaman baru.


Walaupun penat, tapi masih mampu tersenyum..

1/21/2010

MPVK Masakan




Buat julung kalinya PIPK SMK Meranti pada 2010 telah menjalankan Program MPVK (Komponen Masakan). Pada tahun sebelumnya, perancangan telah dibuat, memandangkan kekangan keperluan terhadap tenaga pengajar yang tidak cukup, maka pada tahun ini program ini telah dilaksanakan.

Pada dasarnya, komponen masakan ini telah dilaksanakan pada tahun lepas lagi, tetapi tidak secara formal dan teratur. Dengan berkat dan kegigihan guru-guru yang ingin melihat kejayaan PIPK SMK Meranti, maka terlaksanalah program tersebut.

Kelas MPVK ini telah diketua oleh Puan Eiap Ney Fah dan Cik Zarina Abdullah serta dibantu oleh guru-guru lain dan PPM. Bilangan pelajar yang terlibat dalam MPVK ini adalah seramai 7 orang pelajar yang mempunyai masalah dalam kategori "Slow Learner". Mereka ini telah diberikan pendedahan selama setahun pada tahun lalu. Dengan pengalaman yang diberikan ini akan memberikan sedikit peluang kepada pelajar dengan kemahiran Pra Vokasional dan Vokasional Kerjaya yang boleh diaplikasikan dalam masayarakat setelah tamat belajar nanti. Insya Allah

1/18/2010

Gotong-Royong Perdana




Gotong Royong Perdana Kali 1 telah dilaksanakan pada 14 Januari 2010. Pelajar dan guru telah di bahagikan mengikut kumpulan kawasan yang telah ditetapkan. Pelajar Pendidikan khas serta guru PIPK telah ditugaskan untuk membersihkan kawawan kebun/taman herba serta kawasan sekitar dengan kelas PIPK. Majlis gotong-royong dilaksanakan dengan jayanya dan berakhir 11.30 pagi.

Majlis Asyura SMKM




Malis Asyura SMKM telah berlangsung pada 13 Januari 2010. Pada majlis tersebut sebahagian pelajar telah dilibatkan dalam menyiapkan kuih Asyura, manakala pelajar yang lain menghadiri sesi ceramah yang disampaikan di Dewan Cendikiawan. Sebanyak 7 kawah Asyura telah berjaya "didaratkan" pada jam 4.30 petang. Majlis berakhir dengan pengagihan Asyura kepada guru-guru serta semua pelajar.

Bumi Hijau


Projek Bumi Hijau dilaksanakan oleh pelajar-pelajar PIPK dengan tujuan untuk mengindahkan kawasan di sekitar kelas pendidikan khas. Di samping itu juga, pelajar dapat mendapat pengalaman berkebun dan bercucuk tanam dengan pelbagai jenis sayur-sayuran yang hasilnya nanti boleh dipasarkan. Projek ini dikendalikan oleh Encik Abdul Ilah dan Encik Sufian Abdullah serta dibantu oleh guru-guru PIPK yang lain.







Bengkel "Paper Bag"




Tarikh : 11 Januari 2010
Tempat : Bilik PIPK SMK Meranti
Tenaga Pengajar : Puan Eiap Ney Fah dan dibantu oleh guru-guru PIPK

Pendaftaran Sesi 2010



Selamat datang kepada pelajar-pelajar baru ke PIPK SMK Meranti...

1/02/2010

Kembali ke sekolah




PIPK SMK Meranti mengucapkan selamat kembali ke sekolah sesi persekolahan 2010.