3/28/2010

Cameron Highland


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Sekian lama PPKI tidak mengemaskini blog, oleh kerana kecurian kabel telekom sebelum cuti sekolah baru-baru ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang tidak sempat di "upload" dan dicoretkan di blog kami.

Pada 24-25 Mac yang lalu PPKI SMK Meranti telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland. Seramai 20 orang pelajar, 7 orang guru, 1 orang PPM serta ahli keluarga pelajar yang ikuit sama dalam aktiviti tersebut.

Bas mula bergerak pada jam 10.00 pagi setelah diberikan taklimat oleh Pengetua SMK Meranti, Tuan Haji Zakaria bin Yahya. Kami tiba di Brinchang pada jam 3.30 petang, dan kami telah menginap di Puncak Arabella Apartment di Tanah Rata.

Tempat yang dikunjungi antaranya, Ladang Strawberry (Strawberry Park) dengan teknik fertigasi, Ladang Teh (Bharat Tea/Cameron Valley), Farm Kea dan lain-lain.

Rombongan selamat sampai di sekolah pada jam 7.45 malam, 25 Mac 2010.
.

3/11/2010

Bengkel Jahitan

BENGKEL JAHITAN

Pelajar sedang menyiapkan jahitan..


Mata pelajaran jKemahiran Hidup Jahitan merupakan salah satu subjek yang penting untuk pelajar-pelajar dengan keperluan khas. Mereka didedahkan dengan kemahiran asas menjahit sehinggalah kepada menyediakan bahan (projek). Dengan pendedahan yang diberikan ini membantu pelajar mengaplikasikan kemahiran tersebut di rumah, lebih-lebih lagi apabila mereka berhadapan dengan situasi alam pekerjaan.

Kemahiran yang amat berguna untuk pelajar khas...


Walaupun kemahiran jahitan diajar di sekolah, namun kemahiran tersebut memerlukan kesinambungan dengan latihan kendiri semasa di rumah. Sokongan serta kebersamaan ibu bapa amat perlu bagi memastikan setiap kemahiran yang diajar dapat dikuasai dengan cemerlang
.

Hasil tugasan yang disiapkan..


Selamat Bercuti


PPKI SMK Meranti mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar pendidikan khas,
warga PPKI, dan semua guru di Malaysia.
Berhati-hati di jalan raya...


3/09/2010

Literasi Komputer

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Mendengar dengan tekun...

Literasi Komputer merupakan subjek pilihan untuk pelajar-pelajar PPKI SMK Meranti. Namun begitu, memandangkan kepentingan pengetahuan tentang komputer (literasi komputer & ICT), maka pelajar-pelajar di sekolah ini tidak ketinggalan belajar di Makmal Komputer. Sukatan pelajaran komputer ini berdasarkan sukatan pelajaran serta huraian sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Pendidikan Khas).

Pelajar melakukan aktiviti praktikal

Pelajar-pelajar amat seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan kelengkapan makmal yang canggih, menjadikan pengajaran lebih berkesan dan efisen.

PPM membantu pelajar

BPG: Kursus LDP 2010 Secara School Based

Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara ‘PEMBACAAN BUKU‘ Sebagai Tambahan Bagi Melengkapkan Kursus LDP Secara SCHOOL BASED Di Sekolah.

Pengenalan

  1. Kursus LDP 7 hari di sekolah akan digantikan dengan pembacaan 7 buku ilmiah oleh setiap orang guru mulai tahun 2010.
  2. Setiap buku ilmiah yang telah dibaca oleh guru perlu dibentangkan untuk dikongsi bersama, iaitu pembentangan sebuah buku (Book Review) adalah bersamaan 1 hari kursus untuk guru tersebut.
  3. In House Training yang telah dilaksanakan hendaklah diteruskan.
  4. Kaedah ‘Book Review’ dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah In House Training bagi mencukupi jumlah kursus selama tujuh hari.

Komponen Bacaan (Setiap buku mesti >50 halaman)

A) Pengetahuan Profesionalisme (60%)

  • Ilmu pengetahuan pendidikan dan mata pelajaran
  • Kandungan dan kaedah pedagogi
  • Pengurusan kurikulum
  • Kreativiti dan Inovasi pedagogi

B) Kemahiran Profesionalisme (20%)

  • Kejurulatihan, Penulisan Ilmiah, Kepimpinan, Pengurusan Kewangan dan Strategik

C) Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan (20%)

  • Nilai dan Etika, Komunikasi Berkesan, Soft Skills

Pelaksanaan : Sebelum pembacaan, setiap buku yang dipilih mestilah mendapat pengesahan daripada pihak pentadbir sekolah. Jangka masa pembentangan untuk setiap pembentang adalah 20 hingga 30 minit.
Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu:
i) Sinopsi buku
ii) Pengetahun/pengajaran yang boleh diperolehi
iii) Aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P

1. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan tersebut selama 6 jam dinilai sebagai 1 hari berkursus.
2. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan dibenarkan sehingga 18 jam atau 3 hari sahaja.
3. Selepas membaca guru dikehendaki melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C)
4. Pembentang menyerahkan Borang Sinopisis (Lampiran C) kepada SU LDP untuk pengesahan pentadbir.
5. Pendengar menilai pembentangan yang telah dibuat (Lampiran E).
6. Pentadbir memantau pembentangan (Lampiran F).
7. Pemberian markah Prestasi Tahunan guru dengan mengambil kira jumlah pembacaan buku dan kehadiran semasa pembentahan rakan sekerja.

3/07/2010

Kebun Mula Menghijau

Pohon kekacang mula menghijau..


Kekacang mula mencari junjung...


Cuaca yang panas memerlukan air yang banyak

Projek Bumi Hijau telah dimulakan Januari 2010. Proses menanam pelbagai jenis sayur-sayuran agak terbantut, memandangkan cuaca yang panas dan tiada hujan mengakibatkan benih yng disemai tidak subur dan mati. Namun dengan berkat usaha gigih pelajar-pelajar serta guru PPKI, kini telah menampakkan sedikit sirna. Sayur kekacang mula menjalar, memanjat junjung. Antara tanaman yang telah diusahakan seperti kacang panjang, kacng bendi, tomato dan pisang. Namun pokok cili, kankung, serta beberapa jenis sayur lain agak terbantut.


Anak tomato baru tumbuh pucuk...


Pisang belum berbuah.. baru 3 bulan..

Home Visit

Ibu Mohd Ghani menerima sumbangan

Aktiviti Home Visit untuk 2010 ini diteruskan lagi. Pada kali ini PPKI SMK Meranti telah ke rumah seorang pelajar yang telah menjalani rawatan mata. Pada asalnya pelajar berkenaan yang bernama Mohd Ghani bin Arifin sepatutnya menjalani pembedahan untuk membuang "katarak" pada mata kanan belaiu. Namun begitu, doktor telah menunda tarikh pembedahan kepada 05 Mei 2010.

Bergambar bersama guru Praktikum (UPSI)

Guru-guru serta pelajar di SMK Mernti telah menghulurkan sumbangan ikhlas sebagai tanda simpati terhadap pelajar berkenaan. Sumbangan telah disampaikan semasa lawatan tersebut.

3/05/2010

Selamat datang

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum!

PIPK SMK Meranti mengucapkan selamat datang kepada 2 orang guru pelatih (praktikum) dari Universiti Perguruan Sultan Idris. Latihan pratikum ini bermula 28 Februari dan berakhir pada 27 Mei 2010.


1. Farizah bt Md Pauzi

2. Rozieta bt Ngari

3/03/2010

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah


Tempat : Derwan Cendikiawan SMK Meranti, Pasir Mas.
Tarikh : 28 Februari 2010
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi - 1.30 tengahari
Pengisian :
1. Perasmian Penutup Bulan Disiplin 2010
2. Ceramah Agama
3. Pertandingan Nasyid
4. Persembahan Guru
5. Berzanji
6. Selawat




Khusyuk mendengar ceramah yang di sampaikan


Pelajar menunjukkan bakat terpendam

Masih tidak berganjak...