12/24/2009

Perutusan Awal Tahun 2010


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua warga pendidik serta murid-murid sekolah.

Guru-guru serta Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Izinkan saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan memulakan lembaran baru pada sesi persekolahan 2010. Kepada guru-guru, sambutlah anak-anak didik kita ini ke alam sesi persekolahan yang baru dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam untuk membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang seperti yang diharapkan oleh ibu bapa mereka dan negara.

Kepada murid-murid sekalian, ingatlah, sebagai generasi pewaris negara usaha murni menuntut ilmu dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti baik di dalam bilik darjah mahupun gerak kerja di luar bilik darjah adalah satu usaha membentuk personaliti, ketrampilan diri dan jati diri sebagai anak Malaysia. Ibu bapa, guru, masyarakat bahkan negara akan sama-sama berasa bangga apabila murid-murid berjaya dalam pelbagai bidang yang dipelajari di sekolah.

Saya menyeru kepada semua murid rebutlah peluang dan segala kemudahan yang disediakan di sekolah untuk menyiapkan diri sebagai orang yang berilmu, beramal dan menyumbang kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara. Modal insan yang cemerlang tidak dapat dilahirkan dalam sekelip mata, bahkan ianya adalah usaha yang berterusan yang perlu dipupuk, dibimbing dan diasah bakat seperti kata pepatah, melentur buluh hendaklah dari rebungnya. Pepatah juga mengatakan, “Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat”. Maka sebagai murid, anda semua yang seharusnya berusaha untuk menjadi orang yang berpelajaran kerana pencapaian dalam masa persekolahan merupakan kenangan yang paling manis untuk diimbau kelak.

Para guru dan murid-murid sekalian,

Yang muda dikasihi, yang tua dihormati adalah satu perpatah yang perlu dipegang oleh semua guru dan murid-murid. Guru selaku suri teladan perlulah menunjukkan kasih kepada anak-anak murid mereka. Guru sabagai satu personalia seharusnya dapat menggunakan kebijaksanaan untuk menyentuh jiwa dan perasaan semua murid semasa berkomunikasi dua hala supaya ianya ibarat kata-kata yang terpahat di batu, kekal dalam ingatan, dan tidak hanya menjadi tulisan di atas pasir, yang hilang apabila di tiup angin.

Dalam alaf nano teknologi ini, semua pendidik perlu menyiapkan diri untuk mengemaskinikan semua fakta dan ilmu yang hendak disampaikan dalam mata pelajaran masing-masing. Gunakanlah kemudahan teknologi komunikasi maklumat untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan satu peristiwa yang sangat menyeronokkan kepada semua murid, bahkan para guru juga turut memperoleh pengalaman dan pengetahuan semasa berinteraksi dengan murid-murid.

Sebagai pendidik, semua guru harus menjiwai profesion ini kerana ianya merupakan satu profesion amat mencabar. Kalau seorang tukang jahit salah menjahit baju, hanya sehelai baju yang rosak tetapi jika seorang pendidik salah memberi didikan, kesannya adalah kepada satu generasi pewaris negara. seperti yang diungkapkan oleh Allahyarham Dato' Usman bin Awang (1979), "Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki, Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi”

Saya ingin menyeru kepada guru untuk memberi dedikasi, komitmen, dan keprihatinan yang tinggi kepada semua anak-anak didik. Guru selaku orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dapat mengenal pasti potensi dan bakat yang ada dalam setiap anak murid. Maka guru perlu menggembleng tenaga dan kepakaran untuk menggunakan maklumat ini bagi menggilap bakat dan memperkukuhkan potensi diri murid-murid untuk berjaya dalam semua bidang yang diceburi serta mengimbangi perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi.

Para guru dan murid sekalian,

Dalam memastikan kualiti pendidikan dan perkhidmatan yang disampaikan kepada murid-murid, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan empat perkara sebagai fokus utama dalam bidang keberhasilan utama; iaitu Perluasan Prasekolah, Literasi dan Numerasi (Linus), Sekolah Berprestasi Tinggi, dan New deals for principals. Maka semua warga pendidik perlu menyambut perubahan yang sedang berlaku ini dengan tangan terbuka dan minda yang positif (positive mind-set) bagi memastikan semua yang di rencana dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan membuahkan hasil yang menunjukkan peningkatan dalam kualiti pendidikan di negara ini. Guru sebagai sumber ilmu perlu memantapkan diri melalui pendidikan berterusan. Penyertaan guru dalam pelbagai wacana dan forum serta kegiatan di pusat-pusat kegiatan guru adalah satu usaha yang berterusan dan perlu difokuskan untuk menambah ilmu serta pengetahuan kerana guru bukan saja sebagai penyampai ilmu bahkan orang yang bertanggungjawab untuk membentuk kaedah pemikiran positif dalam kalangan anak-anak murid. Pepatah ”jangan diberi ikan, tetapi ajarlah memancing ikan” adalah satu pepatah yang sangat hampir dengan profesion perguruan.

Para guru dan murid-murid yang saya kasihi,

YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menyarankan sukan perlu diperkasakan. Maka bagi mencapai hasrat tersebut para guru dan murid-murid seharusnya bergiat aktif dalam pelbagai bidang sukan mahupun aktiviti kokurikulum sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat dan juga kecemerlangan sukan untuk negara.

Kepada murid-murid yang baru sahaja berjaya dalam peperiksaan UPSR dan PMR, saya mengucapkan tahniah dan teruskan perjuangan anda dalam usaha mencari ilmu dan pengalaman. Bagi murid-murid yang baru memasuki Tahun 1, jangan risau dan bimbang kerana seperti kakak dan abang-abang anda, sudah pasti pengalaman persekolahan akan menjadi satu yang menyeronokkan kerana anda akan memperoleh ramai kawan-kawan baru serta mendapat ilmu pengetahuan yang amat berguna sebagai persiapan menghadapi hari muka.

Harapan saya, kepada semua guru dan murid, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memajukan diri, masyarakat dan negara dalam semangat gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan”.

Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

4 Januari 2010, bersamaan 18 Muharam 1431


12/20/2009

Salam Hijratur Rasul



Salam Hijratur Rasul 1431.. Ikhlas dari PIPK SMK Meranti..

11/23/2009

Salam Edul Adha


Program Integrasi Pendidikan Khas SMK Meranti ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar dan warga pendidik. Di samping itu juga kami mengucapkan Selamat Hari Raya Edul Adha kepada semua umat Islam semoga pengorbanan kita diredhai Allah. Amin.

Ikhlas....

2nd Round


Banjir di Pantai Timur datang lagi, Negeri Kelantan dan Terengganu mencatatkan mangsa banjir berpindah paling ramai. Antara kawasan yang teruk dilanda banjir di Kelantan adalah Pasir Mas/Rantau Panjang. Sehingga hari ini air Sungai Golok masih lagi dalam keadaan paras bahaya.

11/19/2009

PCG PIPK

Kadar Bantuan Perkapita Bagi Program Pendidikan Khas
Integrasi Menengah (Masalah Pembelajaran)
Kelas Pendidikan Bermasalah Pembelajaran

Bil Jenis Bantuan Kadar Bantuan

A. PCG Mata Pelajaran
1. Teras RM 65.00
2. Wajib RM 80.00
3. Elektif RM 80.00


B. PCB Bukan Mata Pelajaran
1. Pusat Sumber Sekolah RM 60.00
2. Bimbingan & Kaunseling RM 15.00
3. LPBT/LPK Sekolah RM 280.00

JUMLAH RM 580.00


PCG atau Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant) merupakan satu bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah yang bertaraf Sekolah Keraajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan yang merujuk kepada SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL 5 TAHUN 2002 PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA UNTUK SEKOLAH.

Untuk pengetahuan umum PCG ini perlu digunakan untuk kepentingan pelajar dan perbelanjaan tertentu. Namun di sebalik pengurusan PCG kelas pendidikan ini terdapat pelbagai isu yang melibatkan pengurusan pentadbiran di sekolah. Ada program di sekolah yang sukar untuk menggunakan PCG untuk kepentingan pelajar. Ada juga kesukaran untuk membuat tuntutan, selain itu juga bayaran tuntutan yang terlampau lambat sehingga mengganggu perlaksanaan program.

Penyelaras atau Penolong Kanan PIPK harus peka dan bertegas mengenai penggunaan wang PCG kerana ianya merupakan wang yang diperuntukkan kepada PELAJAR ISTIMEWA. Sekiranya pihak pentadbir kurang memberikan penekanan terhadap pengurusan kewangan PCG, maka Penyelaras dan Penolong Kanan PIPK bertanggungjawab memastikan PCG ini digunakan dan disalurkan dengan cara yang betul.

p/s : Jangan sekali-kali menafikan hak pelajar istimewa.

Ikhlas.

11/17/2009

Jamuan Akhir Tahun 2009


Jamuan akhir tahun dan Jamuan Perpisahan telah diadakan di KFC Pasir Mas pada 17 November 2009 bagi meraikan pelajar yang telah tamat belajar di Program Khas Kelas Intergrasi SMK Meranti. Pelajar tersebut adalah Siti Nurhidayah bt Abd Hamid dan Noraina bt Ziddi. Mereka berdua telah berumur 19 tahun dan mencurahkan keringat serta menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran selama berada di Meranti. Selain itu mereka berdua sering kali mengikuti program dan tidak pernah ketinggalan mengikuti aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti aktiviti berkebun (menanam dan menjual sayur), Lawatan ke Balai Bomba, Kilang Perabot Rotan, Terapi Boling dan Renang, Lawatan ke TESCO, Perkhemahan Pengakap serta aktiviti-aktiviti lain di sekolah.


Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Pengetua selaku Penasihat PIPK iaitu Tuan Haji Zakaria bin Awang, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Di samping itu juga Kerani dan Pembantu Tadbir juga turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.


Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Penyelaras PIPK Encik Abdul Ilah Wahab selaku pengerusi majlis diikuti dengan ucapan pengetua seterusnya penyampaian Sijil Tamat Persekolahan kepada 2 pelajar yang diraikan. Setelah itu pengetua menyampaikan cenderahati serta sijil Ko-ko kepada semua pelajar. Kek ulang tahun 1 tahun pembukaan program ini telah dipotong dengan rasminya oleh tuan pengetua menandakan kebersamaan pihak pengurusan pentadbiran sentiasa mengambil berat tentang keperluan program ini. Para tetamu dihidangkan dengan makanan segera "KFC" dan disertakan dengan cenderahati kepada semua.


Selamat Tinggal Alam Persekolahan:

1. Siti Nurhidayah bt Abd Hamid
2. Noraina bt Ziddi

Salam ikhlas...




Kursus Peningkatan Profesionalisme

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

LDP atau Latihan/Kursus Dalam Perkhidmatan telah diperkenalkan di sekolah-sekolah dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan para guru tentang keprofesionalisme mereka dalam bidang tertentu. Kursus ini juga bertujuan untuk "mengupgradedkan" pengetahuan guru sejajar dengan keperluan kepada perkhidmatan, maklumat terkini dalam pengurusan pengajaran dan pemelajaran, pendekatan serta kaedah yang terbaru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih terkesan.


Kursus sebegini biasanya dianjurkan oleh pelbagai pihak yang berkaitan dengan institusi pendidikan antaranya pihak sekolah yang sering mengadakan Kursus Perkembangan Staf, JPN/UPK yang menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme dan Kursus Asas Pendidikan Khas, JPM/KPM seperti bengkel Pemetaan Kurikulum, Kursus Penilaian Pentaksiran Alternatif Dalam Pendidikan Khas dan sebagainya. Dengan kata lain semua yang terlibat menganjurkan kursus tersebut adalah "profesional".


Persoalan yang sering timbul apabila UPK menganjurkan kursus sedemikian adakalanya tersasar dari kehendak keperluan perkhidmatan. Ketika kursus yang diperlukan oleh guru-guru baru dilantik ke dunia PENDIDIKAN KHAS, seharusnya UPK/JPN lebih mengutamakan golongan berkenaan daripada 'MEMILIH BULU' dengan menyumbatkan golongan yang dah berkarat dengan gaya pengurusan yang lapuk. Bukan sekadar dan mempertikaikan dasar yang dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu, tetapi ada baiknya pihak berkenaan turun padang dan melihat permasalahan tersebut di bawah, bukan daripada pandangan "HELIKOPTER". Setakat data yang dikutip dengan menyenaraikan nama guru-guru baru serta kursus yang diperlukan oleh mereka, tetapi data tersebut menjadi bahan sejarah, tersimpan elok di dalam fail.


Adakah salah menjadi satu program baru di Kelantan? PIPK/PKBP (Program Integrasi Pendidikan Khas/ Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran) adalah istilah yang selalu digunakan di dalam dunia Pendidikan Khas. Keperluan khas bukan setakat pelajar-pelajar dengan keperluan khas, tetapi kursus khas juga perlu didedahkan dengan segera kepada guru-guru yang baru terbabit dengan dunia khas. Bukan apa, sekiranya guru khas lahir dari IKTISAS KHAS atau SARJANA MUDA PENDIDIKAN KHAS, mereka ini sudah didedahkan dengan ilmu yang secukupnya, tetapi guru-guru yang belum mempunyai "background" pendidikan khas inilah yang kita minta supaya diutamakan. Pertimbangan dari kacamata seorang yang menguruskan jawatan mereka dengan profesional akan mengenepikan segala bentuk "PILIH KASIH" atau "KRONI" dalam membuat pilihan dengan tepat.


Guru-guru di sekolah hanya tahu menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diberikan, kalau melontarkan pandangan bagaikan "anjing menyalak bukit", tanpa memberikan apa-apa kesan. Pandangan serta luahan ini terbit dari hati yang ingin melihat Pendidikan Khas di Kelantan mengorak langkah seiring dengan PKPI yang terdapat di negeri lain. Jauh perjalanan luas pemandangan dan banyak pengetahuan.


Ikhlas...

11/15/2009

Kalender Sesi 2010

Kalendar Persekolahan Tahun 2010

Kumpulan A

Penggal

Cuti dan Hari Persekolahan

Mula

Akhir

Hari

I

Hari Persekolahan

03.01.2010

31.01.2010

21

Hari Persekolahan

01.02.2010

28.02.2010

20

Hari Persekolahan

01.03.2010

11.03.2010

9

Cuti Pertengahan Penggal

12.03.2010

20.03.2010

9

Hari Persekolahan

21.03.2010

31.03.2010

9

Hari Persekolahan

01.04.2010

29.04.2010

21

Hari Persekolahan

02.05.2010

31.05.2010

22

Hari Persekolahan

01.06.2010

03.06.2010

3

Cuti Pertengahan Tahun

04.06.2010

19.06.2010

16

II

Hari Persekolahan

20.06.2010

30.06.2010

9

Hari Persekolahan

01.07.2010

29.07.2010

21

Hari Persekolahan

01.08.2010

31.08.2010

23

Hari Persekolahan

01.09.2010

02.09.2010

2

Cuti Pertengahan Tahun

03.09.2010

11.09.2010

9

Hari Persekolahan

12.09.2010

30.09.2010

15

Hari Persekolahan

03.10.2010

31.10.2010

21

Hari Persekolahan

01.11.2010

18.11.2010

14

Cuti Akhir Tahun

19.11.2010

01.01.2011

44

Jumlah

288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

210

Jumlah Hari Cuti Penggal

78

Kumpulan B

Penggal

Cuti dan Hari Persekolahan

Mula

Akhir

Hari

I

Hari Persekolahan

04.01.2010

29.01.2010

20

Hari Persekolahan

01.02.2010

26.02.2010

20

Hari Persekolahan

01.03.2010

12.03.2010

10

Cuti Pertengahan Penggal

13.03.2010

21.03.2010

9

Hari Persekolahan

22.03.2010

31.03.2010

8

Hari Persekolahan

01.04.2010

30.04.2010

22

Hari Persekolahan

03.05.2010

31.05.2010

21

Hari Persekolahan

01.06.2010

04.06.2010

4

II

Cuti Pertengahan Tahun

05.06.2010

20.06.2010

16

Hari Persekolahan

21.06.2010

30.06.2010

8

Hari Persekolahan

01.07.2010

30.07.2010

22

Hari Persekolahan

02.08.2010

31.08.2010

22

Hari Persekolahan

01.09.2010

03.09.2010

3

Cuti Pertengahan Penggal

04.09.2010

12.09.2010

9

Hari Persekolahan

13.09.2010

30.09.2010

14

Hari Persekolahan

01.10.2010

29.10.2010

21

Hari Persekolahan

01.11.2010

19.11.2010

15

Cuti Akhir Tahun

20.11.2010

02.01.2011

44

Jumlah

288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

210

Jumlah Hari Cuti Penggal

78

Kumpulan A

Kumpulan B

  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya