10/12/2009

Penghayatan Falsafah Pendidikan Khas




Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Biasa yang meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat."

Huraian Falsafah Pendidikan Khas

  • Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas
  • Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan kewangan, pakar khidmat sokongan khas, peruntukan fizikal, pembangunan dan lain-lain.
  • Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan seimbang dalam masyarakat.
  • Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all).
  • Segala program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsian, bukan kepada kategori / labelling.
  • Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan berterusan dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman, normalisasi, persekitaran yang tidak terhad, intergrasi sosial, intergrasi berfungsi, intergrasi setempat dan pengsealiran (mainstreaming).
  • Menghasilkan individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.
  • Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara.
  • Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara.
  • Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersama-sama mereka.
  • Pendidikan khas adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan pengubahsuaian dimana perlu.
  • Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP).
  • Mewujudkan norma-norma yang berteraskan keperluan-keperluan khas dari aspek tenaga pendidikan khas dan tenaga khidmat sokongan khas seperti jurupulih pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru khas pakar perunding, guru khas beredar (intinerant teacher) dan lain-lain.
  • Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang terdiri daripada pasukan multi disciplinary.
  • Menekankan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat pemulihan.
  • Mewujudkan program transisi bagi murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas untuk mendapatkan penyesuaian dalam budaya kerja.
  • Menghasilkan program-program yang berteraskan pra-vokasional dan vokasional supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas mempunyai kemahiran-kemahiran bekerja sendiri.
  • Menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan.
  • Menentukan supaya pelajar-pelajar dengan keperlaun-keperluan khas rancangan percantuman sekolah biasa terlibat dalam cadangan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan peperiksaan SPM.
  • Menentukan perlaksanaan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV di sekolah menengah khas untuk persediaan SPM.
  • Menentukan supaya sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat penglihatan dan rabun dapat mengambil peperiksaan SPM(Vokasional).
  • Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia.
  • Menentukan sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di SMP Khas Vokasional mengambil peperiksaan SPMV dan MLVK.
  • Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di kelas-kelas khas rancangan percantuman mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia di bawah sayap Vokasional.

Ruang dan Peluang




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syawal hampir tamat, bahang rumah terbuka masih terasa, ada di antara kita yang masih lagi menyambutnya hingga ke akhir syawal. Tugas harian tetap diteruskan walaupun kita dikejutkan dengan peristiwa gempa bumi yang menimpa di Padang, Indonesia serta kawasan yang segaris dengan lingkaran gegaran gempa bumi. Dulu bumi Malaysia amat bertuah kerana terhindar daripada lingkaran tersebut, namun kini kerana maksiat serta kefasadan yang terlampau banyak telah menggerakkan Malaysia terkena tempias gempa bumi. Segala maksiat dan kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia akan dibalas oleh Tuhan dalam bentuk bala. Walaupun sesetengah balasan tidak berbentuk "CASH" di muka dunia tetapi ianya tetap di "CREDIT" pada akhiratnya.





Berbalik kepada topik kita iaitu "Ruang" bermaksud "spacing" kelas yang kondusif perlu disediakan kepada semua pelajar. Apatah lagi kepada pelajar-pelajar dengan keperluan khas. Tanggungjawab untuk menyediakan ruang yang selesa ataupun kelas yang selesa kepada pelajar bukannya tugas guru atau penyelaras. Dalam menyediakan frasrana yang lengkap semua pihak yang berwajib perlu memainkan peranan masing-masing antaranya:

1. Penyelaras : berusaha membuat permohonan kepada pihak Unit Pembangunan JPN serta Unit Pendidikan Khas. Adalah menjadi tugas guru untuk memohon nmun bukan guru yang menentukan penyediaan kelas yang selesa untuk pelajar. Namun begitu, penyelaras harus memainkan peranan yang proktif untuk memastikan tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Melengkapkan keperluan yang selayaknya da di bilik darjah bergantung kepada kapisiti peruntukan PCG yang diperolehi dan selebihnya bergantung kepada kebijaksanaan penyelaras mengemudikan bahteranya.

2. Pengetua sekolah boleh memberikan dorongan serta memberikan arahan seperti sekiranya terdapat kelas yang lebih selesa untuk dijadikan bilik darjah kepada pelajar dengan keperluan khas. Tanpa bantuan dan komitmen yang baik agak sukar pihak pengurusan kelas pendidikan khas melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna.

3. Unit Pendidikan Khas : Pegawai-pegawai di Unit Pendidikan Khas perlu lebih peka dalam menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan keperluan pelajar terutamanya berkaitan dengan frasarana serta fizikal kelas. Sesuatu program yang berjalan dengan sempurna akan mencerminkan keefisenan pihak UPK sendiri dan seandainya buruk sesuatu program itu mereka juga akan dipertanggungjawabkan. Pihak UPK sendiri perlu lebih proaktif dan perlu selalu "turun padang" untuk melihat masalah di peringkat bawah. Ini terutamanya kepada program-program yang baru dibuka.



Peluang merujuk kepada peluang yang sama rata perlu diberikan kepada semua pelajar. Salamanca Statement :Education For All, dengan kata lain bukan sekadar memberikan pendidikan tetapi perlukan kualiti dari aspek pengajaran (tenaga pengajar yang mencukupi), frasarana yang lengkap (bukan setakat bilik darjah kosong tanpa alatan) serta peluang dan pendedahan kepada semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar, samada dari aspek kurikulum mahupun ko-kurikulum. "Memanimizekan" peluang pelajar bermaksud menghadkan penglibatan pelajar dengan cara halus antaranya, tidak memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sesuatu acara pertandingan. Peluang sebegini harus dibuka seluas-luasnya kerana jika tidak diberikan peluang maka dunia luar lebih terhimpit. Objektif mengadakan sesuatu karnival bukan setakat untuk mencungkil bakat-bakat baru, atau melahirkan jaguh-jaguh dalam pendidikan khas akan tetapi unyuk memberikan peluang dan ruang mereka untuk merasai suasana pertandingan ataupun "competition" dengan semangat kesukanan.

Kekadang kita selalu terlepas pandang apabila menganjurkan sesuatu aktiviti, golongan yang kurang berkemampuan sampai bila pun tidak akan merasai jersi NEGERI. Tetapi di sebalik nurani tersimpan hasrat untuk sama menyertai dan membuktikan sesuatu kepada rakan-rakan yang senasib dengan mereka. Oleh itu, kita perlu melihat aspek peluang ini dalam kacamata pelajar pendidikan khas bukan sebagai seorang jaguh kampung seperti Pak Pandir, menang sorak kampung tergadai.


10/07/2009

Jamuan Hari Raya



Assalamuaalaikum dan selamat sejahtera..

Alhamdulillah.. Ramadhan telah berlalu dengan pantas, kini Syawal merangkak perlahan menuju Dzulkaedah... Namun masih terasa kehangatan Ramadhan yang ditinggalkan hampir 1/2 bulan yang lalu, mungkin kesan Ramadhan al-mubarak penuh barakah.

05 Oktober 2009, sekali lagi Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Meranti telah mengadakan jamun hari raya bagi meraikan pelajar-pelajar, serta guru-guru yang selalu memberikan "support" serta dorongan yang jitu. Jamuan ini juga diadakan sempena meraikan pekerja-pekerja sekolah ini yang telah banyak membantu serta sering menghulurkan bantuan tanpa banyak bicara.
.




Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancang dengan penuh kemeriahan, walaupun seorang daripada kami iaitu Cikgu Eiap Ney Fah tidak dapat bersama kerana bercuti (bersalin). Walaupun begitu kami tidak melupakan beliau. Pada majlis ini Pengetua, guru penolong kanan hadir menjamu selera serta memeriahkan majlis tersebut.


Saya bagi pihak Pengurusan Kelas Pendidikan Khas ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru, pihak pentadbir, staf sokongan serta pekerja yang telah bersama-sama menghidupkan majlis ini.


Terima kasih daun keladi, nanti kita buat jamuan lagi.



Ikhlas dari :

Admin