10/12/2009

Ruang dan Peluang




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syawal hampir tamat, bahang rumah terbuka masih terasa, ada di antara kita yang masih lagi menyambutnya hingga ke akhir syawal. Tugas harian tetap diteruskan walaupun kita dikejutkan dengan peristiwa gempa bumi yang menimpa di Padang, Indonesia serta kawasan yang segaris dengan lingkaran gegaran gempa bumi. Dulu bumi Malaysia amat bertuah kerana terhindar daripada lingkaran tersebut, namun kini kerana maksiat serta kefasadan yang terlampau banyak telah menggerakkan Malaysia terkena tempias gempa bumi. Segala maksiat dan kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia akan dibalas oleh Tuhan dalam bentuk bala. Walaupun sesetengah balasan tidak berbentuk "CASH" di muka dunia tetapi ianya tetap di "CREDIT" pada akhiratnya.





Berbalik kepada topik kita iaitu "Ruang" bermaksud "spacing" kelas yang kondusif perlu disediakan kepada semua pelajar. Apatah lagi kepada pelajar-pelajar dengan keperluan khas. Tanggungjawab untuk menyediakan ruang yang selesa ataupun kelas yang selesa kepada pelajar bukannya tugas guru atau penyelaras. Dalam menyediakan frasrana yang lengkap semua pihak yang berwajib perlu memainkan peranan masing-masing antaranya:

1. Penyelaras : berusaha membuat permohonan kepada pihak Unit Pembangunan JPN serta Unit Pendidikan Khas. Adalah menjadi tugas guru untuk memohon nmun bukan guru yang menentukan penyediaan kelas yang selesa untuk pelajar. Namun begitu, penyelaras harus memainkan peranan yang proktif untuk memastikan tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Melengkapkan keperluan yang selayaknya da di bilik darjah bergantung kepada kapisiti peruntukan PCG yang diperolehi dan selebihnya bergantung kepada kebijaksanaan penyelaras mengemudikan bahteranya.

2. Pengetua sekolah boleh memberikan dorongan serta memberikan arahan seperti sekiranya terdapat kelas yang lebih selesa untuk dijadikan bilik darjah kepada pelajar dengan keperluan khas. Tanpa bantuan dan komitmen yang baik agak sukar pihak pengurusan kelas pendidikan khas melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna.

3. Unit Pendidikan Khas : Pegawai-pegawai di Unit Pendidikan Khas perlu lebih peka dalam menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan keperluan pelajar terutamanya berkaitan dengan frasarana serta fizikal kelas. Sesuatu program yang berjalan dengan sempurna akan mencerminkan keefisenan pihak UPK sendiri dan seandainya buruk sesuatu program itu mereka juga akan dipertanggungjawabkan. Pihak UPK sendiri perlu lebih proaktif dan perlu selalu "turun padang" untuk melihat masalah di peringkat bawah. Ini terutamanya kepada program-program yang baru dibuka.



Peluang merujuk kepada peluang yang sama rata perlu diberikan kepada semua pelajar. Salamanca Statement :Education For All, dengan kata lain bukan sekadar memberikan pendidikan tetapi perlukan kualiti dari aspek pengajaran (tenaga pengajar yang mencukupi), frasarana yang lengkap (bukan setakat bilik darjah kosong tanpa alatan) serta peluang dan pendedahan kepada semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar, samada dari aspek kurikulum mahupun ko-kurikulum. "Memanimizekan" peluang pelajar bermaksud menghadkan penglibatan pelajar dengan cara halus antaranya, tidak memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sesuatu acara pertandingan. Peluang sebegini harus dibuka seluas-luasnya kerana jika tidak diberikan peluang maka dunia luar lebih terhimpit. Objektif mengadakan sesuatu karnival bukan setakat untuk mencungkil bakat-bakat baru, atau melahirkan jaguh-jaguh dalam pendidikan khas akan tetapi unyuk memberikan peluang dan ruang mereka untuk merasai suasana pertandingan ataupun "competition" dengan semangat kesukanan.

Kekadang kita selalu terlepas pandang apabila menganjurkan sesuatu aktiviti, golongan yang kurang berkemampuan sampai bila pun tidak akan merasai jersi NEGERI. Tetapi di sebalik nurani tersimpan hasrat untuk sama menyertai dan membuktikan sesuatu kepada rakan-rakan yang senasib dengan mereka. Oleh itu, kita perlu melihat aspek peluang ini dalam kacamata pelajar pendidikan khas bukan sebagai seorang jaguh kampung seperti Pak Pandir, menang sorak kampung tergadai.


No comments: