4/24/2010

Lawatan Bomba









Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Pada 22 April yang lalu, PPKI SMK Meranti telah membuat lawatan dan latihan pernafasan di Balai Bomba dan Penyelamat Pangkalan Kubor. Seramai 20 orang pelajar telah mengikuti latihan tersebut dengan diiringi 5 orang guru, 2 orang guru pelatih dan seorang PPM.

Kedatangan kami telah disambut oleh Pegawai Waran yang bertugas. Kami diberikan taklimat ringkas, serta langkah-langkah keselamatan yang perlu samasa membuat latihan tersebut.

Latihan 1 : "Breathing Apparatus Training Gallery" (BATG), merupakan pusat latihan pernafasan untuk pegawai bomba. Galeri ini merupakan bilik gelap (tanpa cahaya) dan dilepaskan asap (simulasi kebakaran) didalamnya. Pelajar PPKI serta guru-guru mencuba dan merasai suasana bilik yang berliku dengan halangan-halangan yang terdapat di dalamnya. Pelajar terpaksa merangkak untuk melepasi halangan tersebut.

Latihan 2: Tiang Kecemasan. Pelajar diajar untuk menuruni tiang kecemasan yang digunakan oleh pegawai bomba semasa berlakunya kebakaran. Pelajar dibimbing dengan cara yang betul untuk menuruni tiang tersebut. Pelajar dan guru berjaya melakukan latihan tersebut dengan jayanya.

Latihan 3 : "Silver Tunnel: Ianya merupakan terowong bawah tanah yang dibina untuk simulasi kebakaran. Terowong tersebut mempunyai pelbagai halangan dengan suasana yang amat gelap, tanpa cahaya, lubang terwong yang kecil hingga terpaksa merangkak serta tempat gelongsor di dalam terowong. Pelajar-pelajar dengan jayanya telah berjaya masuk dan keluar dengan selamat.

Lawatan ke Zon Bebas Cukai Pangkalan Kubor sambil membeli belah.

Rehat sambil menikmati makanan di Pantai Sri Tujuh.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

4/15/2010

Kem Bestari Solat Siri 1

Aslamualaikum dan salam 1 Malaysia



Kem Bestari Solat Siri 1 PPKI SMKM telah dilaksanakan pada 15 April 2010. Semua pelajar agama Islam telah mengikuti Modul kem dengan fasilitator yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam PPKI dan juga guru PPKI serta guru pelatih dari UPSI.



Pengisian kem ini dimulakan dengan Ceramah 1 selama 1 1/2, diikuti dengan rehat. Setelah itu pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan dan dikendalikan secara LDK 1 dan 2.
Objektif kem siri 1 ini telah dicapai dengan jayanya. Pelajar-pelajar dapat menerima baik pengatahuan yang disampaikan dan dapat dipraktikan dengan baik.



Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kem ini secara langsung atau tidak. Terima Kasih.


4/13/2010

Terapi Renang kali 1 2010

Salam 1 Malaysia


Terapi Renang kali 1 2010 telah selamat dijalankan pada 08 April 2010. Aktiviti tersebut dijalankan di Taman Air Water Splash Kota Bharu. Seramai 20 orang murid serta 5 orang, 1 PPM dan 2 orang guru pelatih dari UPSI telah ikut sama dalam aktiviti tersebut.

Terapi renang bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Sebelum itu, PPKI telah singgah di TESCO untuk membeli belah serta membeli makanan dan minuman.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat... Terima kasih.