4/24/2010

Lawatan Bomba









Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Pada 22 April yang lalu, PPKI SMK Meranti telah membuat lawatan dan latihan pernafasan di Balai Bomba dan Penyelamat Pangkalan Kubor. Seramai 20 orang pelajar telah mengikuti latihan tersebut dengan diiringi 5 orang guru, 2 orang guru pelatih dan seorang PPM.

Kedatangan kami telah disambut oleh Pegawai Waran yang bertugas. Kami diberikan taklimat ringkas, serta langkah-langkah keselamatan yang perlu samasa membuat latihan tersebut.

Latihan 1 : "Breathing Apparatus Training Gallery" (BATG), merupakan pusat latihan pernafasan untuk pegawai bomba. Galeri ini merupakan bilik gelap (tanpa cahaya) dan dilepaskan asap (simulasi kebakaran) didalamnya. Pelajar PPKI serta guru-guru mencuba dan merasai suasana bilik yang berliku dengan halangan-halangan yang terdapat di dalamnya. Pelajar terpaksa merangkak untuk melepasi halangan tersebut.

Latihan 2: Tiang Kecemasan. Pelajar diajar untuk menuruni tiang kecemasan yang digunakan oleh pegawai bomba semasa berlakunya kebakaran. Pelajar dibimbing dengan cara yang betul untuk menuruni tiang tersebut. Pelajar dan guru berjaya melakukan latihan tersebut dengan jayanya.

Latihan 3 : "Silver Tunnel: Ianya merupakan terowong bawah tanah yang dibina untuk simulasi kebakaran. Terowong tersebut mempunyai pelbagai halangan dengan suasana yang amat gelap, tanpa cahaya, lubang terwong yang kecil hingga terpaksa merangkak serta tempat gelongsor di dalam terowong. Pelajar-pelajar dengan jayanya telah berjaya masuk dan keluar dengan selamat.

Lawatan ke Zon Bebas Cukai Pangkalan Kubor sambil membeli belah.

Rehat sambil menikmati makanan di Pantai Sri Tujuh.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.

1 comment:

cikghee said...

tahniah cikgu semua...bertambah pengalaman murid kita bila berada d luar...moga pengorbanan cikgu diberkatiNYA...amin..