11/17/2009

Jamuan Akhir Tahun 2009


Jamuan akhir tahun dan Jamuan Perpisahan telah diadakan di KFC Pasir Mas pada 17 November 2009 bagi meraikan pelajar yang telah tamat belajar di Program Khas Kelas Intergrasi SMK Meranti. Pelajar tersebut adalah Siti Nurhidayah bt Abd Hamid dan Noraina bt Ziddi. Mereka berdua telah berumur 19 tahun dan mencurahkan keringat serta menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran selama berada di Meranti. Selain itu mereka berdua sering kali mengikuti program dan tidak pernah ketinggalan mengikuti aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti aktiviti berkebun (menanam dan menjual sayur), Lawatan ke Balai Bomba, Kilang Perabot Rotan, Terapi Boling dan Renang, Lawatan ke TESCO, Perkhemahan Pengakap serta aktiviti-aktiviti lain di sekolah.


Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Pengetua selaku Penasihat PIPK iaitu Tuan Haji Zakaria bin Awang, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Di samping itu juga Kerani dan Pembantu Tadbir juga turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.


Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Penyelaras PIPK Encik Abdul Ilah Wahab selaku pengerusi majlis diikuti dengan ucapan pengetua seterusnya penyampaian Sijil Tamat Persekolahan kepada 2 pelajar yang diraikan. Setelah itu pengetua menyampaikan cenderahati serta sijil Ko-ko kepada semua pelajar. Kek ulang tahun 1 tahun pembukaan program ini telah dipotong dengan rasminya oleh tuan pengetua menandakan kebersamaan pihak pengurusan pentadbiran sentiasa mengambil berat tentang keperluan program ini. Para tetamu dihidangkan dengan makanan segera "KFC" dan disertakan dengan cenderahati kepada semua.


Selamat Tinggal Alam Persekolahan:

1. Siti Nurhidayah bt Abd Hamid
2. Noraina bt Ziddi

Salam ikhlas...




No comments: