11/17/2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

LDP atau Latihan/Kursus Dalam Perkhidmatan telah diperkenalkan di sekolah-sekolah dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan para guru tentang keprofesionalisme mereka dalam bidang tertentu. Kursus ini juga bertujuan untuk "mengupgradedkan" pengetahuan guru sejajar dengan keperluan kepada perkhidmatan, maklumat terkini dalam pengurusan pengajaran dan pemelajaran, pendekatan serta kaedah yang terbaru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih terkesan.


Kursus sebegini biasanya dianjurkan oleh pelbagai pihak yang berkaitan dengan institusi pendidikan antaranya pihak sekolah yang sering mengadakan Kursus Perkembangan Staf, JPN/UPK yang menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme dan Kursus Asas Pendidikan Khas, JPM/KPM seperti bengkel Pemetaan Kurikulum, Kursus Penilaian Pentaksiran Alternatif Dalam Pendidikan Khas dan sebagainya. Dengan kata lain semua yang terlibat menganjurkan kursus tersebut adalah "profesional".


Persoalan yang sering timbul apabila UPK menganjurkan kursus sedemikian adakalanya tersasar dari kehendak keperluan perkhidmatan. Ketika kursus yang diperlukan oleh guru-guru baru dilantik ke dunia PENDIDIKAN KHAS, seharusnya UPK/JPN lebih mengutamakan golongan berkenaan daripada 'MEMILIH BULU' dengan menyumbatkan golongan yang dah berkarat dengan gaya pengurusan yang lapuk. Bukan sekadar dan mempertikaikan dasar yang dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu, tetapi ada baiknya pihak berkenaan turun padang dan melihat permasalahan tersebut di bawah, bukan daripada pandangan "HELIKOPTER". Setakat data yang dikutip dengan menyenaraikan nama guru-guru baru serta kursus yang diperlukan oleh mereka, tetapi data tersebut menjadi bahan sejarah, tersimpan elok di dalam fail.


Adakah salah menjadi satu program baru di Kelantan? PIPK/PKBP (Program Integrasi Pendidikan Khas/ Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran) adalah istilah yang selalu digunakan di dalam dunia Pendidikan Khas. Keperluan khas bukan setakat pelajar-pelajar dengan keperluan khas, tetapi kursus khas juga perlu didedahkan dengan segera kepada guru-guru yang baru terbabit dengan dunia khas. Bukan apa, sekiranya guru khas lahir dari IKTISAS KHAS atau SARJANA MUDA PENDIDIKAN KHAS, mereka ini sudah didedahkan dengan ilmu yang secukupnya, tetapi guru-guru yang belum mempunyai "background" pendidikan khas inilah yang kita minta supaya diutamakan. Pertimbangan dari kacamata seorang yang menguruskan jawatan mereka dengan profesional akan mengenepikan segala bentuk "PILIH KASIH" atau "KRONI" dalam membuat pilihan dengan tepat.


Guru-guru di sekolah hanya tahu menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diberikan, kalau melontarkan pandangan bagaikan "anjing menyalak bukit", tanpa memberikan apa-apa kesan. Pandangan serta luahan ini terbit dari hati yang ingin melihat Pendidikan Khas di Kelantan mengorak langkah seiring dengan PKPI yang terdapat di negeri lain. Jauh perjalanan luas pemandangan dan banyak pengetahuan.


Ikhlas...

No comments: