3/11/2010

Bengkel Jahitan

BENGKEL JAHITAN

Pelajar sedang menyiapkan jahitan..


Mata pelajaran jKemahiran Hidup Jahitan merupakan salah satu subjek yang penting untuk pelajar-pelajar dengan keperluan khas. Mereka didedahkan dengan kemahiran asas menjahit sehinggalah kepada menyediakan bahan (projek). Dengan pendedahan yang diberikan ini membantu pelajar mengaplikasikan kemahiran tersebut di rumah, lebih-lebih lagi apabila mereka berhadapan dengan situasi alam pekerjaan.

Kemahiran yang amat berguna untuk pelajar khas...


Walaupun kemahiran jahitan diajar di sekolah, namun kemahiran tersebut memerlukan kesinambungan dengan latihan kendiri semasa di rumah. Sokongan serta kebersamaan ibu bapa amat perlu bagi memastikan setiap kemahiran yang diajar dapat dikuasai dengan cemerlang
.

Hasil tugasan yang disiapkan..


2 comments:

PPKI SK Taman Bunga Raya 1 said...

bagus kelas-kelas cam ni diadakan.. memahirkan anak2 kita dan meningkatkan kreativiti anak2 kita dan juga diri kita...

PPKI SMK MERANTI said...

pelajar khas sek men memerlukan banyak kmahiran yang melibatkan kehidupan mereka..