10/22/2010

Lawatan Terengganu

Assalamualaikum dan salam untuk semua..



Alhamdulillah, pada 21 Novermber 2010 iaitu kelmarin PPKI SMKM telah berjaya mengadakan rombongan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Terengganu. Seramai 20 orang pelajar, 5 orang guru, 1 PPM, 7 ibu bapa serta beberapa orang kanak-kanak telah menyertainya.

Bas bertolak dari SMKM pada jam 8.10 pagi. Destinasi yang pertama adalah Pu
sat Sains dan Planeterium di Kuala Terengganu. Banyak perkara yang dapat dieksplorasi dan terokai oleh pelajar semasa berada di sana.

Destinasi seterusnya mengunjungi Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal. Di sana pelajar menjamu selera, makan tengahari sambil melihat pemandangan dan landskap yang indah dihiasi dengan binaan bangunan yang menarik. Pelajar sempat menunaikan solot zohor berjemaah di Masjid Kristal.


Seterusnya, kami singgah di Kampung Losong yang terkenal dengan produk keropok "losong". Di sana guru-guru serta pelajar mengambil peluang untuk membeli buah tangah untuk dibawa pulang. Di sana terdapat banyak kedai yang menghasilkan dan menjual keropok losong dan pelbagai jenis produk berasaskan ikan.

Destinasi yang terakhir ada Pasar Payang. di sini terdapat pelbagai jenis kain batik Terengganu, dengan pelbagai jenis corak dan rekaan. Ibu bapa yang hadir mengambil peluang dengan membeli kain batik untuk dihadiahkan kepada seseorang.

Kami bertolak pulang pada jam 5.30 petang dan selamat sampai di SMKM pada 8.20 malam. Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru PPKI SMKM, PPM, Ibu bapa serta semua yang terlibat. Terima kasih...

No comments: