Assalamualaikum wbk.........
selepas penat bermain boling,pelajar dijamu dgn makan tengahari di MC D.....
2/06/2012
1/30/2012
7/06/2011
Kembara ke Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini 06 Julai 2011 PPKI SMK Meranti akan ke Kuala Lumpur menaiki penerbangan tambang murah Air Asia dan melawat sekitar.. Perjalanan pulang pula menggunakan Keretapi Tanah Melayu Berhad. Pelajar dijangka tiba di Pasir Mas pada 9.30pg 09hb Julai 2011.

Selamat berkembara kepada pelajar dan guru.
6/11/2011
Selamat Hari Guru
Pelajar PPKI membuat persembahan pentas.. tarian..
Guru-guru juga turut serta membuat persembahan...
Jamuan makan tengahari di Restoren New Horizon, KB
Terima Kasih kepada semua....
4/24/2011
Rangkuman Aktiviti 2011
Rangkuman Aktiviti 2011
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...
Sudah sekian lama blog ini tidak diupdate, memandangkan kekangan masa dan tugas ditambah pula dengan restorasi kelas yang baru diperolehi. Kerja-kerja naik taraf kelas, bilik MPVK serta tandas telah diberikan sentuhan yang menarik. Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru-guru serta PPM yang bertungkus lumus menceriakan kelas khas.
Terapi Boling 1/2011
Perkhemahan Kali ke 2 PPKI SMKM
Terapi Renang 1/2011
1/30/2011
Selamat Tahun Baru Cina
11/28/2010
10/30/2010
10/22/2010
Lawatan Terengganu
Assalamualaikum dan salam untuk semua..
Alhamdulillah, pada 21 Novermber 2010 iaitu kelmarin PPKI SMKM telah berjaya mengadakan rombongan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Terengganu. Seramai 20 orang pelajar, 5 orang guru, 1 PPM, 7 ibu bapa serta beberapa orang kanak-kanak telah menyertainya.
Bas bertolak dari SMKM pada jam 8.10 pagi. Destinasi yang pertama adalah Pu
sat Sains dan Planeterium di Kuala Terengganu. Banyak perkara yang dapat dieksplorasi dan terokai oleh pelajar semasa berada di sana.
Destinasi seterusnya mengunjungi Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal. Di sana pelajar menjamu selera, makan tengahari sambil melihat pemandangan dan landskap yang indah dihiasi dengan binaan bangunan yang menarik. Pelajar sempat menunaikan solot zohor berjemaah di Masjid Kristal.
Seterusnya, kami singgah di Kampung Losong yang terkenal dengan produk keropok "losong". Di sana guru-guru serta pelajar mengambil peluang untuk membeli buah tangah untuk dibawa pulang. Di sana terdapat banyak kedai yang menghasilkan dan menjual keropok losong dan pelbagai jenis produk berasaskan ikan.
Destinasi yang terakhir ada Pasar Payang. di sini terdapat pelbagai jenis kain batik Terengganu, dengan pelbagai jenis corak dan rekaan. Ibu bapa yang hadir mengambil peluang dengan membeli kain batik untuk dihadiahkan kepada seseorang.
Kami bertolak pulang pada jam 5.30 petang dan selamat sampai di SMKM pada 8.20 malam. Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru PPKI SMKM, PPM, Ibu bapa serta semua yang terlibat. Terima kasih...
10/15/2010
Pengumuman

Majlis Persaraan Pengetua dan Jamuan Akhir Tahun
Tempat : Dewan Merbok, Hotel Renaissance, Kota Bharu
Tarikh : 11 November 2011
Masa : 12.00 - 3.00 petang
Aturcara :
12.00 - tetamu hadir dan mengambil tempat
12.15 - Ucapan pengerusi majlis dan Penyelaras PPKI
12.30 - Ucapan Pengetua
12.45 - Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada pelajar
- Penyampaian Cenderahati kepada Pengetua dan tetamu yang hadir
1.00 - Jamuan Makan tengahari
2.30 - Majlis bersurai
Pengumuman
Program Lawatan Sambil Belajar

Tempat : Kuala Terengganu
1. Masjid Kristal dan Taman Tamaddun Islam
2. Pusat Sains dan Planeterium
3. Pantai Batu Burok
4. Pasar Payang (Pasar Besar)
5. Kg Losong
Tarikh : 21 Oktober 2010
Bilangan Peserta : 38 orang
9/22/2010
Jamuan Hari Raya 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersedia untuk menjamu selera..
Jamuan Hari Raya PPKI SMK Meranti pada tahun ini telah diadakan pada 20 September 2010. Pada kali ini jamuan diadakan dengan sederhana sahaja. Jamuan ringkas dengan menu
meehon serta kuih raya dan kuih muih, tidak lupa dengan minuman air batu campur (ABC).
Menghidangkan makanan
ABC satu......
9/08/2010
Salam Edil Fitr
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

PPKI SMK Meranti mengucapkan Selamat Hari Raya Edil Fitr maaf zahir dan batin kepada semua warga pendidik PPKI SMKM, rakan-rakan guru serta semua umat Islam seluruhnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)



