8/16/2010

Isu Disiplin di PPKI

Assalamulaikum dan salam 1 Malysia...

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran merupakan satu institusi yang khusus menempatkan pelajar-pelajar dengan keperluan khas. Pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran akan menerima pendidikan dan pengajaran di sekolah secara formal dengan mengikut peraturan PPKI serta peraturan AM Sekolah.

Pada kebiasaannya pelajar-pelajar khas diberikan sedikit keistimewaan dalam banyak aspek, mungkin kerana kasihan, prihatin atau sebagainya. Namun disebalik itu, ramai juga pelajar khas yang mengambil kesempatan di sebalik kelonggaran yang diberikan tersebut. Antaranya kehadiran ke sekolah yang agak lambat tidak tepat pada masa pengajaran. Pembelajaran yang anjal, waktu pulang yang lebih awal sedikit berbanding pelajar di aliran perdana walaupun peruntukan waktu pembelaran masih menjangkau 1380 minit seminggu.

Kadar poteng di kalangan pelajar pendidikan amat kurang jika di bandingkan dengan pelajar biasa. Namun begitu tidak dinafikan pelajar khas ini mengambil kesempatan di atas keperluan khas mereka dengan suka tidak ke sekolah dengan pelbagai alasan. Bila dipersoalkan, jawapan yang akan diterima adalah biasalah pelajar khas. Keperluan khas adalah pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, kesukaran untuk menerima pendidikan seperti pelajar biasa, bukannya masalah disiplin. Oleh itu guru-guru khas perlu memberikan perhatian terhadap masalah didiplin pelajar, kerana pelajar tersebut perlu dibimbing dengan bimbingan guru serta kebersamaan ibu bapa demi kepentingan pelajar berkenaan.

Bilangan hari pelajar ke sekolah amat rendah, peratus kedatangan pelajar khas kadang kala tidak mencapai 75% setiap minggu ataupun bulan. Bukan kerana tidak minat untuk hadir ke sekolah, tetapi mereka lebih suka berada di rumah. Apakah faktor yang menyebabkan pelajar khas tidak suka ke sekolah? Persoalan ini perlu difikirkan oleh guru-guru khas, kerana mereka lebih dekat dengan pelajar, bersama guru 5 hari seminggu... Oleh itu saya berharap guru berperanan yang sewajarnya untuk memastikan pelajar suka hadir ke sekolah dan mendapat manfaat selama mereka berada di sekolah.


Salam ramadhan

abd_ilah@yahoo.com
Penyelaras PPKI SMK Meranti.

No comments: