8/15/2009

Cabaran Kerjaya



Di Malaysia Pendidikan Khas merupakan satu institusi pendidikan formal yang menawarkan pakej lengkap untuk murid-murid dengan keperluan khas mendapat pendidikan. Di dalamnya terdapat sistem yang boleh meransang, memupuk, menggilap serta mencungkil bakat serta potensi yang ada pada setiap pelajar khas. Dengan pendekatan yang diambil secara terancang serta tersusun boleh menerbitkan mutiara kecemerlangan di kalangan pelajar pendidikan khas.


Cabaran dan realiti yang harus ditempuhi oleh pelajar serta pendidik dalam melahirkan pelajar yang boleh menggalas cabaran ke kerjaya, satu pengorbanan serta gagasan yang untuh perlu digalas dalam mencapai usaha tersebut. Bukan sekadar mengharapkan sahaja potensi pelajar tiba-tiba terus bersinar tetapi dengan sedikit sinar, lalu pendidik perlu mencapai kemahiran, serta mengasah bakat tersebut dari batu menjadi permata yang berharga.


Namun sistem yang diperkenalkan di sekolah oleh KPM perlu divariasikan oleh pendidik bagi menjamin setiap langkah yang diambil tersusun menjadi tangga-tangga mendaki kejayaan untuk pelajar. Dalam mencapai pembentukan diri pelajar, ianya menagih keringat serta istiqamah yang berterusan agar apa yang diusahakan akan membenihkan bunga serta menjadi buah yang manis serta boleh dipasarkan.


Seiring dengan kesedaran keperluan pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran sekolah menengah, maka kami di SMK Meranti terpanggil untuk bergerak sering dengan dasar pendidikan khas. Antara aktiviti yang menjadi tulang belakang di sini adalah berfokuskan kemahiran-kemahiran yang menjurus kepada MPV Khas. Walaupun pelaksanaan tersebut tidak terlaksana 100%, namun bibit-bibit untuk menjadikan “Integrasi Meranti” sebagai program tersohor akan terlaksana. Insya Allah



No comments: