8/26/2009

Renungan





Salam Ramadhan al mubarak

Bulan yang penuh rahmat dan keampunan ini sebaik-baiknya kita umat Islam yang patuh kepada ketentuanNya perlu merebut peluang yang didatangkan Allah sekali dlam setahun khusus untuk Umat Nabi Muhammad SAW sahaja. Kelebihan yang maha hebat ini tidak hadir kepada umat nabi-nabi lin sebelum Baginda. Ini membuktikan bahawa kita adalah umat yang terpilih untuk menerima keistimewaan tersebut.

Coretan kejayaan umat Islam yang berlaku semasa bulan Ramadhan adalah peristiwa Perang Badar yang mana menguji kekuatan dan kesabaran serta keimanan yang utuh para sahabat yang mempertahankan kesucian agama Islam. Kita tidak diuji sebagai mana para Nabi serta para sahabat yang menentang musyrikin serta orang Jahiliyah yang ingin melihat Islam dihapuskan dari muka bumi Allah ini.

Kita sebagai pendidik tidak diuji sedemikian, namun begitu tugas mendidik (murabbi) bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan sahaja tetapi lebih besar daripada itu. Mengajar semata-mata menyampaikan ilmu pengetahuan serta memastikan pelajar menerima ilmu pengetahuan tersebut. Tetapi mendidik adalah lebih besar cabarannya, nilai ilmu yang disampaikan perlu dihayati oleh pendidik serta diamalkan oleh pendidik serta pelajarnya. Dengan kata lain nilai ilmu terletak kepada pemakaian amalan tersebut. Adalah mudah mengajar tetapi sukar untuk diaplikasikan (diamalkan) dalam kehidupan seharian.

Dalam dunia pendidikan guru/pendidik tidak membataskan mendidik setkat di sekolah atau bilik darjah sahaja. Berjalan mesti berjalan seperti guru, minum mesti minum seperti guru, bercakap mesti bercakap seperti guru dan semua adalah seperti guru. Hasil kejayaan pelajar bukan setakat mencapai kecemerlangan akademik sahaja, tetapi nilai roh, jasmani serta rohani perlu diselarikan demi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Kita tidak mahu hasil produk yang keluar dari sekolah atau menara gading yang cemerlang akalnya namun cetek emosi serta akhlaknya. Dengan keadaan dunia tanpa sempadan serta GLOBALISASI dalam pendidikan seharusnya guru/pendidik menyediakan diri dan mempersiapkn diri untuk bertarung demi mendidik anak bangsa menjadi bangsa yang cemerlang dunia dan akhirat. Harus diingatkan bahawa dengan kehadirn dunia tanpa sempadan ini telah mendektkan diri kita kepada dunia luar, dengan hanya menekan papan kekunci sahaja kita dihidangkan dengan pelbagai maklumat. Namun begitu sumber maklumt yng tidak terhad ini memerlukan saringan serta jati diri setiap pelajar agar dapat mengasingkn serta memilih perkara-perkara yang baik untuk dijadikan sebagai sumber maklumat.

Akhir kata Ramadhan yang hadir amat singkat ini harus dijelajah dengan sepenuh hati agar kita mendapat pahala yang berlipat kali ganda dan didarjatkan sebagai sebaik-baik kejadian.

No comments: