8/09/2009

Sejarah Kelas PKBP SMK Meranti
















Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, SMK Meranti, 17010 Pasir Mas dengan rasminya telah dibuka pada 04 Januari 2009. Namun pada hari tersebut pelajar tidak dapat mendaftarkan diri ke kelas kerana bencana banjir yang menimpa di kawasan tersebut.

Setelah 1 minggu berlalu, iaitu pada 11 Januari 2009, seramai 7 orang pelajar telah melaporkan diri untuk belajar di sini. Penambahan mendadak berlaku apabila hebahan dibuat di beberapa masjid yang berdekatan iaitu Masjid Machang Gocoh, Masjid Kg Chat, Masjid Meranti, Masjid Pohon Tanjung dan Masjid Gelang Mas. Ekoran daripada pengumuman tersebut ibu bapa telah mengambil inisiatif untuk mendaftarkan anak mereka yang sebelum ini belum pernah bersekolah untuk menerima pendidikan secara rasmi di PKBP SMK Meranti.

Bilangan pelajar yang berpindah dari SMK Sultan Ibrahim 2 seramai 3 orang, manakala dari SMK Tumpat seramai 1 orang dan seorang dari SMK Indera Petra Gua Musang. Manakala selebihnya adalah pelajar yang belum pernah bersekolah. Kini terdapat seramai 17 orang pelajar semuanya, 7 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan yang mempunyai pelbagai masalah kategori pembelajaran. Antaranya 3 down sindrom, 1 hyperaktif, 1 masalah penglihatan, 5 slow learner dan 7 kerencatan akal.


Namun dengan insiatif serta kapasiti guru yang terhad, kelas ini telah mula beroperasi bermula 12 Januari. Dengan kerjasama dan bantuan yang utuh dari semua warga SMK Meranti yang turut membantu bagi menjayakan program ini antaranya:

1. Gotong royong membersihkan kelas PKBP

2. Menyiapkan pemasangan paip ke tandas pelajar PKBP

3. Membantu membersihkan kawasan sekitar kelas

4. Menyumbangkan peralatan yang berkaitan dengan pembelajaran (dapur gas, cerek, pinggan, cawan, dan lain-lain)

5. Pemasangan sinki di kelas


Dengan ini kelas ini mula beroperasi dengan agak baik dan perlukan kepada peningkatan naik taraf kelas sejajar dengan “setting” penyediaan pelajar kepada suasana yang kondusif bagi keperluan mereka.

3 comments:

PPKI SMK MERANTI said...

Tahniah.. teruskan usaha murni..

PPKI SMK CHETOK said...

Semoga usaha yang murni ini menjadi pemangkin kepada pelajar dan guru p.khas di seluruh tanah air.. hidup smk meranti.

PPKI SMK MERANTI said...

Terima kasih saudara Roslan... Anda menjadi komentar terulung dalam blog ini. Tahniah..