11/23/2009
2nd Round
11/19/2009
PCG PIPK
Integrasi Menengah (Masalah Pembelajaran)
Kelas Pendidikan Bermasalah Pembelajaran
1. Teras RM 65.00
2. Wajib RM 80.00
3. Elektif RM 80.00
B. PCB Bukan Mata Pelajaran
1. Pusat Sumber Sekolah RM 60.00
2. Bimbingan & Kaunseling RM 15.00
3. LPBT/LPK Sekolah RM 280.00
JUMLAH RM 580.00
Untuk pengetahuan umum PCG ini perlu digunakan untuk kepentingan pelajar dan perbelanjaan tertentu. Namun di sebalik pengurusan PCG kelas pendidikan ini terdapat pelbagai isu yang melibatkan pengurusan pentadbiran di sekolah. Ada program di sekolah yang sukar untuk menggunakan PCG untuk kepentingan pelajar. Ada juga kesukaran untuk membuat tuntutan, selain itu juga bayaran tuntutan yang terlampau lambat sehingga mengganggu perlaksanaan program.
Penyelaras atau Penolong Kanan PIPK harus peka dan bertegas mengenai penggunaan wang PCG kerana ianya merupakan wang yang diperuntukkan kepada PELAJAR ISTIMEWA. Sekiranya pihak pentadbir kurang memberikan penekanan terhadap pengurusan kewangan PCG, maka Penyelaras dan Penolong Kanan PIPK bertanggungjawab memastikan PCG ini digunakan dan disalurkan dengan cara yang betul.
p/s : Jangan sekali-kali menafikan hak pelajar istimewa.
Ikhlas.
11/17/2009
Jamuan Akhir Tahun 2009
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Pengetua selaku Penasihat PIPK iaitu Tuan Haji Zakaria bin Awang, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Di samping itu juga Kerani dan Pembantu Tadbir juga turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Penyelaras PIPK Encik Abdul Ilah Wahab selaku pengerusi majlis diikuti dengan ucapan pengetua seterusnya penyampaian Sijil Tamat Persekolahan kepada 2 pelajar yang diraikan. Setelah itu pengetua menyampaikan cenderahati serta sijil Ko-ko kepada semua pelajar. Kek ulang tahun 1 tahun pembukaan program ini telah dipotong dengan rasminya oleh tuan pengetua menandakan kebersamaan pihak pengurusan pentadbiran sentiasa mengambil berat tentang keperluan program ini. Para tetamu dihidangkan dengan makanan segera "KFC" dan disertakan dengan cenderahati kepada semua.
Selamat Tinggal Alam Persekolahan:
1. Siti Nurhidayah bt Abd Hamid
2. Noraina bt Ziddi
Salam ikhlas...
Kursus Peningkatan Profesionalisme
LDP atau Latihan/Kursus Dalam Perkhidmatan telah diperkenalkan di sekolah-sekolah dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan para guru tentang keprofesionalisme mereka dalam bidang tertentu. Kursus ini juga bertujuan untuk "mengupgradedkan" pengetahuan guru sejajar dengan keperluan kepada perkhidmatan, maklumat terkini dalam pengurusan pengajaran dan pemelajaran, pendekatan serta kaedah yang terbaru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih terkesan.
Kursus sebegini biasanya dianjurkan oleh pelbagai pihak yang berkaitan dengan institusi pendidikan antaranya pihak sekolah yang sering mengadakan Kursus Perkembangan Staf, JPN/UPK yang menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme dan Kursus Asas Pendidikan Khas, JPM/KPM seperti bengkel Pemetaan Kurikulum, Kursus Penilaian Pentaksiran Alternatif Dalam Pendidikan Khas dan sebagainya. Dengan kata lain semua yang terlibat menganjurkan kursus tersebut adalah "profesional".
Persoalan yang sering timbul apabila UPK menganjurkan kursus sedemikian adakalanya tersasar dari kehendak keperluan perkhidmatan. Ketika kursus yang diperlukan oleh guru-guru baru dilantik ke dunia PENDIDIKAN KHAS, seharusnya UPK/JPN lebih mengutamakan golongan berkenaan daripada 'MEMILIH BULU' dengan menyumbatkan golongan yang dah berkarat dengan gaya pengurusan yang lapuk. Bukan sekadar dan mempertikaikan dasar yang dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu, tetapi ada baiknya pihak berkenaan turun padang dan melihat permasalahan tersebut di bawah, bukan daripada pandangan "HELIKOPTER". Setakat data yang dikutip dengan menyenaraikan nama guru-guru baru serta kursus yang diperlukan oleh mereka, tetapi data tersebut menjadi bahan sejarah, tersimpan elok di dalam fail.
Adakah salah menjadi satu program baru di Kelantan? PIPK/PKBP (Program Integrasi Pendidikan Khas/ Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran) adalah istilah yang selalu digunakan di dalam dunia Pendidikan Khas. Keperluan khas bukan setakat pelajar-pelajar dengan keperluan khas, tetapi kursus khas juga perlu didedahkan dengan segera kepada guru-guru yang baru terbabit dengan dunia khas. Bukan apa, sekiranya guru khas lahir dari IKTISAS KHAS atau SARJANA MUDA PENDIDIKAN KHAS, mereka ini sudah didedahkan dengan ilmu yang secukupnya, tetapi guru-guru yang belum mempunyai "background" pendidikan khas inilah yang kita minta supaya diutamakan. Pertimbangan dari kacamata seorang yang menguruskan jawatan mereka dengan profesional akan mengenepikan segala bentuk "PILIH KASIH" atau "KRONI" dalam membuat pilihan dengan tepat.
Guru-guru di sekolah hanya tahu menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diberikan, kalau melontarkan pandangan bagaikan "anjing menyalak bukit", tanpa memberikan apa-apa kesan. Pandangan serta luahan ini terbit dari hati yang ingin melihat Pendidikan Khas di Kelantan mengorak langkah seiring dengan PKPI yang terdapat di negeri lain. Jauh perjalanan luas pemandangan dan banyak pengetahuan.
Ikhlas...
11/15/2009
Kalender Sesi 2010
Kalendar Persekolahan Tahun 2010
Kumpulan A | ||||
Penggal | Cuti dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Hari |
I | Hari Persekolahan | 03.01.2010 | 31.01.2010 | 21 |
Hari Persekolahan | 01.02.2010 | 28.02.2010 | 20 | |
Hari Persekolahan | 01.03.2010 | 11.03.2010 | 9 | |
Cuti Pertengahan Penggal | 12.03.2010 | 20.03.2010 | 9 | |
Hari Persekolahan | 21.03.2010 | 31.03.2010 | 9 | |
Hari Persekolahan | 01.04.2010 | 29.04.2010 | 21 | |
Hari Persekolahan | 02.05.2010 | 31.05.2010 | 22 | |
Hari Persekolahan | 01.06.2010 | 03.06.2010 | 3 | |
Cuti Pertengahan Tahun | 04.06.2010 | 19.06.2010 | 16 | |
II | Hari Persekolahan | 20.06.2010 | 30.06.2010 | 9 |
Hari Persekolahan | 01.07.2010 | 29.07.2010 | 21 | |
Hari Persekolahan | 01.08.2010 | 31.08.2010 | 23 | |
Hari Persekolahan | 01.09.2010 | 02.09.2010 | 2 | |
Cuti Pertengahan Tahun | 03.09.2010 | 11.09.2010 | 9 | |
Hari Persekolahan | 12.09.2010 | 30.09.2010 | 15 | |
Hari Persekolahan | 03.10.2010 | 31.10.2010 | 21 | |
Hari Persekolahan | 01.11.2010 | 18.11.2010 | 14 | |
Cuti Akhir Tahun | 19.11.2010 | 01.01.2011 | 44 | |
Jumlah | 288 | |||
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am | 210 | |||
Jumlah Hari Cuti Penggal | 78 |
Kumpulan B | ||||||||
Penggal | Cuti dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Hari | ||||
I | Hari Persekolahan | 04.01.2010 | 29.01.2010 | 20 | ||||
Hari Persekolahan | 01.02.2010 | 26.02.2010 | 20 | |||||
Hari Persekolahan | 01.03.2010 | 12.03.2010 | 10 | |||||
Cuti Pertengahan Penggal | 13.03.2010 | 21.03.2010 | 9 | |||||
Hari Persekolahan | 22.03.2010 | 31.03.2010 | 8 | |||||
Hari Persekolahan | 01.04.2010 | 30.04.2010 | 22 | |||||
Hari Persekolahan | 03.05.2010 | 31.05.2010 | 21 | |||||
Hari Persekolahan | 01.06.2010 | 04.06.2010 | 4 | |||||
II | Cuti Pertengahan Tahun | 05.06.2010 | 20.06.2010 | 16 | ||||
Hari Persekolahan | 21.06.2010 | 30.06.2010 | 8 | |||||
Hari Persekolahan | 01.07.2010 | 30.07.2010 | 22 | |||||
Hari Persekolahan | 02.08.2010 | 31.08.2010 | 22 | |||||
Hari Persekolahan | 01.09.2010 | 03.09.2010 | 3 | |||||
Cuti Pertengahan Penggal | 04.09.2010 | 12.09.2010 | 9 | |||||
Hari Persekolahan | 13.09.2010 | 30.09.2010 | 14 | |||||
Hari Persekolahan | 01.10.2010 | 29.10.2010 | 21 | |||||
Hari Persekolahan | 01.11.2010 | 19.11.2010 | 15 | |||||
Cuti Akhir Tahun | 20.11.2010 | 02.01.2011 | 44 | |||||
Jumlah | 288 | |||||||
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am | 210 | |||||||
Jumlah Hari Cuti Penggal | 78 | |||||||
Kumpulan A | Kumpulan B | | ||||||
|
|
|
11/10/2009
Kembali ke sekolah
Guru pendidikan khas bertungkus lumus membasuh kelas setelah ditenggelami sedalam 1 kaki. Kelihatan peralatan-peralatan yang telah diangkat dan diletakkan di atas meja untuk mengelakkan kerosakan. Pada hari ini ramai pelajar yang tidak hadir kerena rumah mereka masih lagi dinaiki air antaranya ialah di kawasan Gelang Mas, Siput, Jal Besar serta Banggol Che Wan.

Walaupun begitu ada juga pelajar yang hadir ke sekolah dan bersama-sama guru bergotong royong membersihkan kelas mereka. Sikap yang ditunjukkan oleh guru-guru pendidikan khas harus diberikan penghormatan. Selain komitmen yang tinggi serta sikap bertanggungjawab terhadap tugas-tugas di sekolah bukan setakat p & p sahaja.

Musim tengkujuh di pantai timur masih belum berakhir. Pada kebiasaannya pusingan kedua dan ketiga hujan lebat dijangka akan melanda kembali.
Sekian terima kasih.
P/s : Terima kasih kepada guru-guru khas, pelajar khas, pelajar biasa serta kakitangan/pekerja yang bersama-sama memberikan pertolongan dan sumbangan anda. Terima Kasih...
11/09/2009
Pengumuman
Sekian, Harap Maklum.
11/07/2009
Piala Malaysia
Kelantan telah tewas kepada Negeri Sembilan dengan jaringan 1-3. Penantian Kelantan hampir 40 tahun untuk menjulang Piala Malaysia untuk kali pertama tidak kesampaian. Walaupun bermain di depan hampir 70 ribu penyokong Kelantan, namun masih gagal menyuntik semangat Kelantan untuk bangkit dan bermain dengan cemerlang. Lebih malang lagi segelintir penyokong Kelantan yang bertindak di luar batasan dengan membakar kerusi di stadium Bukit Jalil. Biarpun Kelantan kalah namun sepatutnya kita tidak kalah semangat kesukanan dengan menggadai maruah kita.
"Gomo Kelate Gomo"..."Tahniah Negeri Sembilan"
11/06/2009
Banjir Dah Datang
Sungai Meranti yang berada di belakang SMK Meranti telah mula melimpah. Jarak antara sungai Meranti dengan Kelas PKBP hanya lebih kurang 70 meter sahaja. Pagi tadi guru-guru PKBP telah bertungkus lumus mengemas kelas dengan meletakkan barang serta peralatan di bilik darjah di atas meja dan menyimpan di tempat yang selamat.
Lokasi kelas ini yang memang tidak sesuai agak membimbangkan kerana jaraknya yang terlalu dekat dengan sungai. Namun begitu guru-guru khas komitet dengan tugas mereka dengan membuat persiapan awal sebelum dilanda bencana banjir.
Gambar : 7.45pg.. 06/11/09
11/05/2009
Ucapan Terima Kasih
Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia
Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Meranti ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Unit Pendidikan Khas, Sektor Pengurusan Sekolah Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Kelantan di atas kesedaran dan kebertanggungjawaban pihak jabatan di atas keperluan guru di sekolah kami.
Pada tanggal 01 September 2009, seorang guru Pendidikan Islam telah melaporkan diri di SMK Meranti seterusnya burtugas sebagai guru pendidikan khas. Manakala pada 27 Oktober 2009 yang lalu seorang lagi guru "freshie" juga telah melaporkan diri di sekolah ini.
Dengan kehadiran 2 orang guru tersebut telah menjadikan jumlah guru Pendidikan Khas di sekolah ini seramai 4 orang dan dibantu oleh seorang PPM. Senarai nama guru adalah seperti berikut :
1. Encik Abdul Ilah bin Wahab
2. Puan Eiap Ney Fah
3. Puan Zarina bt Edin
4. Cik Zarina bt Abdullah
PPM :
1. Cik Muriyati bt Abd Manah
Bilangan pelajar yang berdaftar sehingga November 2009 ialah seramai 20 orang. Pada akhir persekolahan nanti seramai 2 orang pelajar yang akan menamatkan persekolahan mereka. Manakala anggaran kemasukan pelajar baru untuk sesi 2010 ialah +- 6 orang iaitu pelajar dari Kelas Pendidikan Khas SK Meranti serta pelajar yang berada di sekitar Meranti.
Dengan anggaran pertambahan pelajar tersebut akan memungkinkan pembesaran saiz kelas akan dilakukan sehingga 4 kelas yang memperuntukkan sekurang-kurang 5 orang guru dan 2 orang PPM. Namun begitu pembesaran dan perluasankelas tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Kelulusan perlu di keluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia di KPM yang menjadi TERHAK di sesebuah program.
Terima Kasih.
P/S : Projek baik pulih bangunan/kelas masih terbengkalai gara-gara peruntukan telah ditangguhkan...
11/02/2009
Minit Curai
- Jawatankuasa Pendidikan Khas Integrasi
- Jawatankuasa Ko-Kurikulum
- Jawatankuasa Disiplin
- Jawatankuasa Kurikulum
- Bilangan kelas x 1.5 guru
- Bahagian Sumber Manusia KPM akan menentukan/meluluskan keperluan guru yang terhak di setiap sekolah
- pada tahun 2010 Unit Pendidikan Khas JPNK akan memungut data guru /inrolmen pada setiap akhir bulan
- perlu membentuk / menggerakkan jawatankuasa pendidikan khas dan mengadakan mesyuarat bersama pengetua sebanyak 4 kali setahun
- perlu menganggotai jawatankuasa kurikulum, jawatankuasa ko-kurikulum, dan jawatankuasa kewangan peringkat sekolah.
- perlu memberikan taklimat kepada pihak pentadbir, guru-guru aliran perdana serta kepada guru-guru pendidikan khas.
- perlu memastikan fail pendidikan khas disediakan dan dikemaskini dengan baik
- fail am - surat masuk dan surat keluar
- fail panitia
- fail laporan
- fail inventori dan harta modal
- fail laporan bertugas mingguan
- fail peribadi murid
- fail RPI murid
- fail ko-kurikulum
- fail pelajar inklusif
- fail disiplin
- fail peperiksaan dan bank soalan
- fail kewangan dan pcg pelajar
- perlu mengendalikan aduan ibu bapa
- perlu mengadakan bulann dengan guru-guru pendidikan khas /pihak ibu bapa
- perlu memastikan perancangan dan pelaksanaan ko-kurikulum dilaksanakan dan diberi pemantauan
- perlu memastikan semua guru serta PPM hadir ke perhimpunan bersama pelajar
- senaraikan nama guru-guru yang belum menghadiri kurus asas pendidikan khas untuk melayakkan guru menerima elaun mengajar pendidikan khas
- memastikan semua guru menerima elaun pendidikan khas
- mengurus dan mengendailkan data pelajar serta menghantar data setiap 3 bulan (4 kali setahun)
- memastikan pengurusan stok serta harta modal dikendalikan dengan baik
- PCG tahunan perlu dibuat tuntutan bermula 01 Oktober hingga 31 November setiap tahun
- Penyelaras atau PK bertanggung jawab menyediakan jadual waktu kepada semua guru dan PPM
- Menyediakan jadual pencerapan serta pemantauan
- fail pencerapan
- memastikan guru-guru menjalankan aktiviti p & p dengan berkesan
- menyemak buku rekod Rancangan Pengajaran Harian guru (RPH)
- etika pemakaian dengan memakai pakaian yang kemas
- peranan guru penyelaras sebagai Guru Pembimbing Rakan Sebaya
- Tatacara pengeluaran wang EMK perlu dikawalselia oleh guru penyelaras
Sekian terima kasih.