11/10/2009

Kembali ke sekolah

Membersihkan bilik darjah.


Guru pendidikan khas bertungkus lumus membasuh kelas setelah ditenggelami sedalam 1 kaki. Kelihatan peralatan-peralatan yang telah diangkat dan diletakkan di atas meja untuk mengelakkan kerosakan. Pada hari ini ramai pelajar yang tidak hadir kerena rumah mereka masih lagi dinaiki air antaranya ialah di kawasan Gelang Mas, Siput, Jal Besar serta Banggol Che Wan.


Walaupun begitu ada juga pelajar yang hadir ke sekolah dan bersama-sama guru bergotong royong membersihkan kelas mereka. Sikap yang ditunjukkan oleh guru-guru pendidikan khas harus diberikan penghormatan. Selain komitmen yang tinggi serta sikap bertanggungjawab terhadap tugas-tugas di sekolah bukan setakat p & p sahaja.



Musim tengkujuh di pantai timur masih belum berakhir. Pada kebiasaannya pusingan kedua dan ketiga hujan lebat dijangka akan melanda kembali.

Sekian terima kasih.

P/s : Terima kasih kepada guru-guru khas, pelajar khas, pelajar biasa serta kakitangan/pekerja yang bersama-sama memberikan pertolongan dan sumbangan anda. Terima Kasih...

1 comment:

PPKI SMK MERANTI said...

Pergorbanan guru khas bukan setakat mengajar dan mendidik kanak-kanak istimewa tetapi memerlukan istiqamah 200%. Syabas dan tahniah kepada guru PKBP SMK Meranti.